PRK SANDAKAN | Pihak
yang tidak mengundi pindaan perlembagaan mengenai status Sabah dan
Sarawak tidak berhak untuk merayu undi daripada penduduk Sandakan, kata
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal.
"Sedangkan kepentingan
negeri Sabah mereka tidak boleh di parlimen, ini nak merayu undi orang
Sandakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas berkunjung di
bazar Ramadan di Taman Indah Jaya hari ini.
Bung merupakan salah seorang MP yang tidak mengundi di Dewan Rakya pada 9 April lalu mengenai pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Undian itu menyaksikan Dewan Rakyat gagal mendapat majoriti dua pertiga, atau 148 undi MP yang diperlukan untuk memulihkan Sabah dan Sarawak kepada status asalnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pengundi Sandakan bijak buat pilihan
Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya Warisan yang merupakan sekutu PH boleh membawakan sokongan kepada DAP dalam persaingan dengan pembangkang bagi merebut undi bumiputera Islam.
"Kami tidak katakan kami risau. Kami tidak boleh selesa. Tetapi saya pasti, saya fikir rakyat Sabah tahu apa yang patut dilakukan.
"Orang-orang ini (MP pembangkang) tidak ada di dalam Dewan Rakyat, tidak mengundi pindaan perlembagaan.
"Bayangkan sekarang mereka juga juga nak melindungi hak Sabah tapi di parlimen pun mereka tak undi, apa kita nak yakin dengan mereka?
"Nak dengar PAS punya cerita?" Soalnya.
Selanjutnya, Shafie merangkap MP Semporna berkata pengundi Sandakan bijak dalam membuat pilihan dan tidak semudahnya percaya dengan pemimpin pembangkang.
"Orang Sandakan bijak. Mereka punya kebijaksanaan bukannya semudah itu dengan kehadiran mereka (pemimpin Umno).
"Ini bukan hanya melihat dari segi kerajaan PH. Ini juga kerajaan negeri yang dipimpin Warisan," jelas beliau lagi.
PRK Sandakan diadakan susulan penyandangnya mendian Stepehn Wong meninggal dunia kerana serangan jantung pada 28 Mac lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan