AR RISALAH الــرســالـة

MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK

Halaman

▼

Khamis, 30 Mei 2019

Tambang bas naik 10% sempena Aidilfitri, kata persatuan

Mohamad Fadli
Mohamad Ashfar Ali berkata, pengusaha akan menyediakan 
perkhidmatan bas tambahan sebanyak 20% bagi menampung 
permintaan tinggi.
 
PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) berkata, tambang bas ekspres akan dinaikkan 10% mulai 31 Mei hingga 9 Jun ini bagi perjalanan di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri.

Presidennya, Mohamad Ashfar Ali berkata, kelulusan permohonan PMBOA itu dimaklumkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) pada 12 April lalu bagi menampung perbelanjaan tambahan syarikat bas ekspres untuk membayar gaji pekerja yang bekerja sepanjang cuti Aidilfitri nanti.

Beliau berkata, pekerja itu terdiri daripada pemandu bas, konduktor dan pekerja kaunter.
“Kenaikan 10% ini biasa. Setiap tahun sama dan kenaikan itu mengikut harga tiket bas yang dibeli,” katanya kepada FMT hari ini.

Ashfar berkata, pengusaha akan menyediakan perkhidmatan bas tambahan sebanyak 20%.

“Ini bagi memastikan bas pada hari raya Aidilfitri mencukupi untuk mereka pulang ke kampung halaman.”

Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat berwaspada dengan “ulat tiket” yang menjual tiket 2 atau 3 kali ganda lebih mahal atau terbeli tiket palsu.

Ashfar mengingatkan pengguna berada di terminal bas 30 minit lebih awal dan memastikan beg ditanda dengan betul.

“Ini supaya apabila beg tercicir ataupun beg sama dengan penumpang lain, senang nak cari.”

ELBI RISALAH di 5/30/2019 07:59:00 PG
Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

‹
›
Laman utama
Papar versi web
Dikuasakan oleh Blogger.