ISMA WEB
Lebih 74,300 tandatangan petisyen gesa menteri pendidikan dipecat

BANGI– Menteri Pendidikan, Maszlee Malik terus berdepan
kritikan, susulan beberapa kenyataan beliau yang dipertikaikan banyak pihak,
termasuk daripada kumpulan yang dipercayai tentera siber parti gabungan Pakatan
Harapan (PH), DAP.
Kenyataan beliau berhubung
kuota matrikulasi dan keperluan fasih berbahasa Mandarin bagi mendapat
pekerjaan, mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk daripada DAP, MCA dan
Gerakan. Pengkritik melihat bahawa perkara itu adalah dua isu berbeza.
Khamis lalu, portal berita
melaporkan Maszlee sebagai berkata, pihak yang menuntut kelonggaran bagi kuota
kaum matrikulasi, perlu membangkitkan isu kelayakan mendapat pekerjaan yang
tidak adil dan didominasi kumpulan tertentu.
“Kalau kita nak ubah
(matrikulasi), kalau kita kata Malaysia baru maka tak perlu kuota dan
sebagainya, sebegitu juga kita kena pastikan peluang pekerjaan kepada
Bumiputera tak dinafikan semata-matanya kerana mereka tak boleh (berbahasa)
Mandarin,” katanya.
Kenyataan Maszlee itu
mengundang kritikan beberapa pihak, antaranya Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti
Lian Ker; Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan Ahli Jawatankuasa
Eksekutif Pusat DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P
Ramasamy.
Maszlee adalah Ahli
Parlimen Simpang Renggam, Johor, yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu). Laporan media sebelum ini, menyatakan beliau adalah antara menteri
tidak popular sejak PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Terbaharu, lebih 69,000
individu telah menandatangani petisyen menggesa Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad menggantikan beliau.
Petisyen yang dilancarkan
tiga minggu lalu di change.org oleh ‘Stephen Ng’ itu menyifatkan perlantikan
Maszlee hanya menjejaskan sokongan rakyat terhadap PH.
Ia menyatakan bahawa
populariti Dr Mahathir terjejas kerana kegagalan Maszlee mendengar rungutan
rakyat mengenai ‘dasar mengarutnya.’
“Selama 11 bulan yang
lalu, ramai rakyat Malaysia telah mengemukakan aduan mengenai Dr Maszlee Malik
atas dasar tidak masuk akal seperti kasut hitam dan stokin kaki, ideanya
memperkenalkan pembayaran tanpa tunai di sekolah, menubuhkan stesen minyak di
tanah universiti, dan sebagainya.
“Malah, cadangan untuk
memperkenalkan sukan renang sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah
membimbangkan ibu bapa. Baru-baru ini seorang pelajar sekolah meninggal dunia
di Sabah semasa kelas renangnya.
“Maszlee gagal memahami
bahawa sekolah tidak mempunyai cukup guru untuk mengawasi anak-anak ketika
mereka berada di kolam renang,” kata petisyen itu.
Stephen mendakwa, dia
prihatin bahawa kerajaan PH akan kehilangan banyak undian kerana Maszlee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.