KPN arah pegawai siasat segera, tangkap penjenayah untuk diadili
KUALA LUMPUR
– Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap samseng
yang cuba mengugut pegawai dan anggota penguat kuasa sebagai amaran bagi
menghentikan tindakan penguatkuasaan atau pendakwaan.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul
Hamid Bador berkata kepada Bernama hari ini, beliau memandang berat kes-kes
ugutan sedemikian sejak kebelakangan ini.
Beliau telah mengarahkan pegawai dan
anggota polis untuk segera menyiasat dengan menangkap penjenayah ini untuk
diadili serta memberi jaminan perlindungan keselamatan kepada penguat kuasa
yang menjadi mangsa.
Pada 28 April lepas, rumah dan kereta
Pengarah Penguatkuasa MPS di Taman Muhibbah, Rawang diserang oleh beberapa
lelaki.
Dua kenderaan milik mangsa turut
disimbah cat berwarna merah selain tong cat berisi paku, besi dan kertas telah
dibakar dengan mercun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan
427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.
Pada Isnin, sebuah kereta milik
timbalan pendakwa raya Mahkamah Majistret Baling disimbah cat kapur di
pekarangan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob di Kulim, Kedah.
Kes berkenaan disiasat mengikut
Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Pada Ahad lepas Pengerusi DAP
Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis bagi membantu siasatan kerana mengugut
Ketua Polis Daerah Jerantut. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.