HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Mei 2019

Tragedi kebakaran Jalan Masjid India, ramai sedih tak dapat 'shopping' raya

Afiezy Azaman, Astro Awani
Tragedi kebakaran Jalan Masjid India, ramai sedih tak dapat 'shopping' raya
Lebih 30 buah gerai sudah terbakar sepenuhnya dan anggota mengambil masa 20 minit sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
 
 
KUALA LUMPUR: Warga kota terkesan dan sedih dengan tragedi kebakaran yang menimpa lebih 30 gerai di Jalan Masjid India, ibu negara.

Kebakaran itu bukan hanya merugikan para peniaga, namun buat mereka yang gemar membeli-belah di sekitar kawasan berkenaan yang sememangnya menyajikan pelbagai barangan kelengkapan raya.

Ia juga menjadi destinasi membeli-belah yang wajib dikunjungi buat mereka yang berkunjung ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah.

Selepas bazar ikonik ibu kota di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dipindahkan ke Jalan Raja, kini hanya tinggal bazar Jalan Masjid India yang menjadi nostalgia warga kota untuk membeli-belah.

 Di laman media sosial Twitter, rata-rata netizen melahirkan rasa sedih, terkejut dan kecewa apabila bazar di Jalan Masjid India itu mengalami kebakaran.

Tiada ulasan: