Halaman

Sabtu, 4 Mei 2019

Tuduhan Shafie bangkit kebencian pada Islam

MOHD AMINUDDIN ALING

PAS Negeri Sabah melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan terbaharu oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengatakan bahawa sekiranya PAS menyokong Parti Bersatu Sabah (PBS), banyak perkara yang diharamkan.
 
Saya beranggapan kenyataan ini sangat mengelirukan dan boleh membangkitkan kebencian terhadap agama Islam.
 
PAS merupakan sebuah parti yang jauh lebih berpengalaman dalam pentadbiran negeri khususnya Kelantan. PAS tidak pernah mengharamkan sesuatu perkara sesuka hati. Falsafah perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah bersifat mendidik dan patuh kepada ajaran al-Quran.
 
Sebagai seorang Islam, sepatutnya Shafie tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Kenyataan seumpama ini menampakkan seolah-olah PH dan Warisan sangat tertekan dalam PRK Sandakan kali ini.
 
Saya menasihatkan kepada Shafie supaya berpolitik dan berkempen dengan lebih matang. Jangan terlalu mengikut emosi sehingga memberi gambaran negatif terhadap Islam. 
 
MOHD AMINUDDIN ALING, Pesuruhjaya PAS Sabah 
HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.