Halaman

Selasa, 18 Jun 2019

Anwar tak setuju Azmin bercuti

KEADILAN DAILY

8750be1f-b36d-47bf-9651-a320e808737f

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan agar Timbalan Presiden, Azmin Ali berehat daripada politik susulan cubaan memusnahkan karier politiknya dengan fitnah video sumbang adalah tidak wajar.

Anwar berkata, sesiapa sahaja boleh memberi pendapat tentang perkara itu namun, kedudukan Azmin dalam kabinet adalah tertakluk kepada pertimbangan perdana menteri.

“Saya tidak setuju. Ini urusan Perdana Menteri dengan Pakatan Harapan.

“Walaupun yang lain boleh bagi pandangan mereka, tetapi saya tidak setuju,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Rumah Terbuka Port Dickson, di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, semalam.

Hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun. 

Selain itu, beliau tidak percaya penyebaran video sumbang itu akan menjejaskan perpaduan parti.
“Kalau ahli-ahli itu waras dan tidak terlalu terikut-ikut dengan sentimen serta fitnah, saya tidak fikir ia boleh menjejaskan perpaduan parti.

“Sudah ada fitnah tidak boleh dijawab dengan fitnah. Malah ada orang kata kerana ancaman tetapi ancaman apa?”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.