Halaman

Ahad, 16 Jun 2019

Azmin kena sabar, dekatkan diri dengan Allah, kata PAS



KUALA LUMPUR — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan menteri hal ehwal ekonomi agar tidak melatah ketika kekecohan isu video seks membabitkannya.

Timbalan presiden PAS meminta Datuk Seri Azmin Ali bersabar ketika berdepan fitnah video intim itu dan mendekatkan diri dengan Allah, lapor Utusan Online.

“Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat juga pernah sebut, kalau ribut tengah kuat, tundukkan kepala, kita kena tenang,” kata beliau seperti dilapor semalam.

“Sama juga dalam kes ini, kena sabar, dekatkan diri dengan Allah [dan] doa kepada Allah supaya dibuktikan dan fitnah-fitnah itu akan hilang”.

Wakil rakyat Kubang Kerian juga mengesyaki video itu ditularkan demi mengalih perhatian rakyat agar melupai isu ekonomi atau isu pertelingkahan dalaman.

Justeru, Tuan Ibrahim mengarahkan anggota dan pemimpin PAS agar tidak terperangkap dengan isu penularan video intim tersebut.

“Ini sebagai satu kaedah untuk mengalihkan isu atau agenda pihak-pihak tertentu untuk naik, konflik dalaman dan sebagainya, ada kemungkinan,” katanya.

Pada 12 Jun lalu, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku dia adalah lelaki dalam aksi seks itu bersama seorang yang didakwanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.