Azizah Che Awang, Ketua Wanita Berjasa
Islam terus terima kecaman, menteri masih membisu, sibuk main politik
NU’MAN
Afifi yang mengaku secara terbuka bahawa beliau adalah seorang gay dan juga
aktivis LGBT, sekali lagi mencetuskan huru-hara apabila memuatnaik gambar tidak
lengkap berkenaan penulis dan panel garis panduan identiti gender, untuk
klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia.
Seolah-olah barisan panel hanya dalam
kalangan pegawai agama daripada Jakim dan Jawi, walhal senarai penuh panel
terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang termasuk syariat Islam.
Ini adalah tindakan yang memalukan
dan tidak selayaknya beliau digelar pejuang atau aktivis kepada golongan LGBT
ini. Perkara ini juga jelas menunjukkan kebencian Nu’man terhadap institusi
Islam, dan niat jahat beliau untuk memburuk-burukkan institusi yang sudah
sekian lama menjaga hal ehwal umat Islam di Malaysia.
Nu’man Afifi sebelum ini juga
melemparkan fitnah kepada Institusi Islam di persidangan antarabangsa di
Geneva, dengan mengatakan program-program pemulihan LGBT yang dianjurkan oleh
Jabatan Agama Islam adalah satu bentuk ‘state sponsored violence’, dan menggesa
komuniti antarabangsa mengambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia.
Sebenarnya, program-program yang dianjurkan bersifat sukarela dan tiada rawatan
yang bersifat paksaan dikenakan kepada peserta.
Perkara ini adalah fitnah yang jelas
terhadap institusi agama di Malaysia. Lebih mendukacitakan apabila Menteri
Luar, Saifuddin Abdullah seakan-akan menyokong pula tindakan ini, apabila
membantah penahanan Nu’man oleh pihak polis untuk membantu siasatan. Menteri
Agama, Mujahid Rawa pula diam seribu bahasa, walaupun agensi atau jabatan di
bawah seliaan beliau difitnah dan diserang sebegitu rupa.
Situasi inilah sebenarnya yang
menunjukkan Islam seperti dibuli di era Malaysia Baru ini. Menteri-menteri diam
seribu bahasa dan terlalu sibuk bermain politik. Akhirnya, umat Islam dan
institusi Islam menerima padah dan terus diserang tanpa pembelaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.