
Nasri yang menerima rawatan sejak lapan hari lalu tenat dan terpaksa diberi alat sokongan pernafasan.
Kematian terbaharu itu menjadikan jumlah korban Orang Asli dari Kampung Kuala Koh meningkat kepada 15 orang.
Mereka yang meninggal dunia dipercayai mengalami jangkitan paru-paru.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy dalam kenyataannya berkata, Unit Forensik hospital akan melakukan bedah siasat pada hari ini untuk mengesahkan sebab kematian.
“Jabatan Kemajuan Orang Asli akan menghulur dan menguruskan bantuan kepada keluarga adik Nasri. Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarganya,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.