Pasukan pencarian sudah kenal pasti lokasi empat mayat terakhir
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.
Gambar: Bernama
GUA MUSANG – Mayat Puja Anak Perempuan Joh, gadis orang asli suku Batek Kuala Koh
yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru akan dibawa ke
hospital untuk bedah siasat kali kedua.
Ketua
Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, proses membawa keluar mayat
gadis berusia 20-an itu mengikut adat resam penduduk di kawasan itu.
“Lokasi
persemadian Puja sudah ditemui, juga berada di atas pelantar pada pokok. Mayat
akan dihantar ke hospital untuk ujian lanjut,” katanya kepada media di Dewan
Felda Aring 10, di sini.
Puja adalah
mangsa kedua yang sebelum ini disahkan meninggal dunia akibat jangkitan radang
paru-paru atau pneumonia pada 6 Jun lepas.
Terdahulu,
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninjau dan
mendengar taklimat tertutup di Pusat Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) di dewan sama.
Turut
hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri
Saifuddin Nasution, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha
Moorthy dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.
Mengulas
perkembangan hari ketiga Ops Batek hari ini, Hasanuddin berkata, hasil maklumat
awal, pasukan pencarian sudah mengenal pasti lokasi empat mayat terakhir.
Hasil
maklumat orang asli di kawasan itu, beliau berkata lokasi dua mayat berada di
seberang sebatang sungai, manakala dua lagi lebih jauh di pedalaman hutan.
Hasanuddin
berkata, polis juga bersedia melanjutkan tempoh operasi jika terdapat
kemungkinan bilangan mayat melebihi 12 orang seperti yang dilaporkan sebelum
ini.
Statistik
jumlah pesakit yang dipaparkan di Pusat Media di sini menunjukkan seramai 103
orang asli telah menerima rawatan sehingga semalam membabitkan 56 pesakit luar,
42 ditempatkan di wad biasa dan lima di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Gua
Musang, Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)
Kota Bharu. – Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.