
KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak akan
musnah kerana kewujudan video seks yang melibatkan individu mirip
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Jelas Pengarah Komunikasi Parti Amanah
Negara (PAN), Khalid Samad, kontroversi yang tercetus akibat video itu
tidak penting dan beliau dalam masa yang sama yakin tiada yang akan
menontonnya.“Tidak ada. (Tidak hancurkan PH). Saya rasa video-video begitu tidak ada orang tengok.
“Video ini bagi saya tak penting,”
katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri
Parlimen Wangsamaju di Kampung Pauh.
Khalid yang juga Menteri Wilayah
Persekutuan berkata, meskipun banyak kemungkinan yang diutarakan
pelbagai pihak namun ia tidak wajar dilayan.
“Macam-macam kemungkinan, mungkin kita tidak boleh layan,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta
mengulas kenyataan veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini yang mengingatkan
rakan-rakan PH bahawa skandal video seks berisiko menyebabkan agenda
Malaysia Baru tersasar daripada landasan sekaligus memusnahkan gabungan
parti itu. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.