
Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, persetujuan umum dalam Pakatan Harapan (PH) ialah Dr Mahathir Mohamad perlu diberikan masa untuk memulihkan masalah ekonomi negara sebelum menyerahkan kepimpinan kerajaan kepada presiden PKR itu.
“Setuju,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mukhriz dalam satu temu bual dengan Nikkei Asian Review baru-baru ini.
Azmin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Kerjaya Graduan Aspire Career Fair di KUala Lumpur Covention Center (KLCC) di sini, hariini.
“Tiada perjanjian bahawa peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh 2 tahun.
“Mungkin ada cadangan seperti itu, tapi tiada yang dinyatakan di atas kertas atau perjanjian secara lisan,” katanya.
Menurut menteri besar Kedah itu, persetujuan umum dalam PH adalah Mahathir perlu diberikan masa untuk memulihkan masalah ekonomi negara sebelum menyerahkan kuasa.
“Dia (Mahathir) perlu diberikan masa yang cukup untuk buat apa yang dia mahu. Walaupun kita tahu umurnya sudah lanjut, tapi dia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk memperlahankan langkah,” katanya.
Mukhriz juga menafikan dakwaan yang mengatakan wujudnya persaingan kuasa dalam PH serta spekulasi yang mengatakan Mahathir lebih cenderung menjadikan Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi sebagai pengganti beliau.
“Saya fikir, memandangkan majoriti percaya Anwar akan menggantikan perdana menteri, dia (Mahathir) perlu diberikan masa untuk melakukan apa yang dia mahu lakukan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.