AR RISALAH الــرســالـة

MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK

HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Julai 2019

Di sebalik Dr M ajak ahli Umno sertai PPBM

Zin Mahmud
 


Ajakan Dr Mahathir Mohamad supaya ahli Umno menyertai PPBM mempunyai asas pada kefahaman beliau ke mana negara ini wajar dibawa pada masa depan.

Dalam usia 93 tahun dan pengalaman politik selama 74 tahun, iaitu sejak aktif dalam Syarikat Kerjasama Am Saiburi (Saberkas) pada tahun 1940-an, beliau mempunyai perspektif yang mendalam terhadap negara ini. Maka dipercayai tidak ada orang lain yang masih berkecimpung dalam politik dan mempunyai perspektif begitu mendalam terhadap negara ini seperti beliau.

Kesedaran politik beliau bermula semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu lagi, dari 1941 hingga 1945. Jepun memanggil Tanah Melayu sebagai Malai. Sementara Kedah dinamakan Saiburi. Tetapi Saiburi tidak berada dalam penjajahan Jepun. Tokyo menyerahkan Kedah kepada Bangkok. Siam adalah negara merdeka tetapi menjadi sekutu Jepun. Mahathir melihat sendiri askar Siam di Alor Setar memukul orang Melayu.

Syarikat Kerjasama Am Saiburi itu bermaksud Persatuan Kerjasama Rakyat Kedah. Pada zaman itu, sebutan persatuan ialah syarikat. Sebab itu, persatuan politik pertama di Indonesia dinamakan Sarekat Islam. Ketika itu perkataan syarikat belum merujuk pada badan perniagaan semata-mata. Sebab itulah bahasa Melayu ketika itu memanggil United States of America sebagai Amerika Serikat atau Amerika Syarikat. Perkataan “am” adalah sama makna dengan “awam” pada zaman itu bermaksud “public” atau rakyat. Kalau zaman sekarang, Saberkas boleh membawa maksud Parti Solidariti Rakyat Kedah. Pada tahun 1940-an, Saberkas dikenali sebagai antara parti kiri orang Melayu di Malaya seperti juga Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Hizbul Muslimin dan Barisan Tani Se-Malaya (Batas).

Cumanya, apabila Umno ditubuhkan, Saberkas diserapkan ke dalam parti itu. Semua cawangannya di Kedah menjadi cawangan Umno negeri dan Mahathir yang merupakan seorang doktor muda muncul sebagai pengerusi Umno Kedah.

Beliau yang berusia 30 tidak bertanding pilihan raya umum (PRU) pertama Malaya pada 1955.

Dalam pilihan raya itu, Yang Dipertua Kedua Umno, Tunku Abdul Rahman dikatakan meletakkan banyak calon yang berpendidikan rendah sedangkan terdapat kalangan mereka yang lebih layak dalam parti itu. Mahathir membantah keadaan itu. Ekoran itu beliau enggan bertanding dalam pilihan raya umum 1959, ketika itu beliau berusia 35 tahun.

Maka bermulalah konflik pertama antara Mahathir dengan pucuk pimpinan Umno. Konflik ini mempunyai asas ideologikal. Tunku adalah putera raja dan Mahathir mempunyai pandangan progresif tentang bagaimana patut orang Melayu dimerdekakan dan dimajukan.

Soal kemerdekaan tulen adalah penting bagi Mahathir. Beliau juga membantah tindakan Tunku membenarkan tentera British dan Komanwel di Malaya selepas negara ini mencapai kemerdekaan. Namun begitu, beliau bertanding PRU pada 1964 dan menang di Kota Setar.

Dari Saberkas, Umno, Umno baru dan kini, PPBM, wawasan Mahathir tentang orang Melayu dan Malaysia adalah konsisten. Umno adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Sementara PPBM adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Satu perkataan yang sama digunakan oleh kedua-dua parti itu adalah bersatu.

Dua perkataan perbezaan yang ketara juga ialah perkataan Melayu, Pribumi dan Kebangsaan. Umno mempunyai perkataan Melayu dan Kebangsaan sementara PPBM menggantikannya dengan Pribumi dan Malaysia. Konsep Melayu pada Mahathir adalah lebih luas, iaitu merangkumi pribumi dan bumiputera. Ketika beliau menjadi presiden Umno, keahlian parti dibuka kepada bukan Melayu dari kalangan Bumiputera Sabah bukan Islam. Perkataan Malaysia juga menggantikan kebangsaan kerana ia adalah lebih jelas. Perkataan kebangsaan adalah istilah lama yang sudah digantikan dengan nasional. Nasionalisme sekarang meliputi semua rakyat Malaysia, dan bukan pada orang Melayu saja.

Bagi Mahathir, PPBM bukan saja parti yang sama dengan Umno tetapi juga sebagai pengganti dan wadah melanjutkan perjuangan nasionalisme Melayu. Baginya Umno sudah rosak akibat kepimpinannya yang menerapkan budaya korupsi. Jadi PPBM muncul untuk menjadi Umno tanpa korupsi. Tetapi PPBM tetap Umno yang disertai Saberkas dahulu. Sebab itu Mahathir menekankan mengenai keahlian PPBM hendaklah untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja. sedangkan pada zaman ini, semua parti baru membuka keahliannya tanpa mengira kaum.

Ini bermakna PPBM mahu menggantikan Umno. Dalam hal ini, kepentingan orang Melayu bersatu adalah penting. Mahathir sentiasa mengutamakan soal bersatunya orang Melayu. Semasa beliau menjadi presiden Umno pada 1985, lagu rasmi parti itu yang menekankan semangat bersatu diperkenalkan. Lagu ciptaan Johari Salleh itu adalah ikonik dan merupakan lagu rasmi parti politik paling enak didendangkan. Lagu lama Umno 1950-an pun hilang ditelan zaman.

Pada 1985, menjelang PRU 1986, Umno dan Mahathir sedang dicabar dan diasak oleh PAS yang memperoleh barisan pimpinan baru. Beliau mengajak supaya orang Islam bersatu di bawah Umno.

Ini kerana mandat kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 1982 adalah juga atas dokongan penyokong Anwar Ibrahim dan organisasinya, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Kejayaan Mahathir menarik Anwar dari PAS dan masuk ke Umno adalah juga atas asas gagasan bersatu orang Islam.

Gagasan bersatu juga dipercayai menjadi dorongan kepada beliau ketika penubuhan Umno dahulu untuk mendokong pembubaran Saberkas dengan semuanya cawangannya diserapkan ke parti orang Melayu itu sedangkan ketika itu, parti kiri Melayu seperti PKMM dan sekutunya keluar dan menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (Putera).

Semasa krisis Umno 1987, beliau menyeru orang Melayu bersatu di bawah parti barunya. Mahathir mahu orang Melayu bersatu di bawah Umno baru dan menolak Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang menampilkan partinya sebagai Umno asal bersemangat 1946.

Walaupun dari segi parti, kedua-dua Umno Baru dan Semangat 46 merupakan pecahan Umno asal, tetapi terdapat perbezaan antara kepimpinan dan kecenderungan ideologi antara Mahathir dan Tengku Razaleigh. Sekali lagi Mahathir berhadapan dengan putera keluarga raja.

Akhirnya apabila Tengku Razaleigh bersetuju menyertai Umno baru, Mahathir meletakkan syarat supaya Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) dibubarkan. Apabila Umno Baru menjadi Umno semula adalah pada hakikatnya merupakan gabungan Umno baru dan PMS46.

Tetapi dalam PRU 2018, Mahathir berjaya mengalahkan Najib Razak yang mengetuai Umno. Najib walaupun bukan putera raja tetapi adalah dari kalangan keturunan bangsawan.

Kejayaan Mahathir adalah kerana banyak walaupun bukannya kebanyakan orang Melayu menyokongnya dan Pakatan Harapan. Sungguhpun begitu, dalam PH, PPBM bukanlah parti paling besar.

Sekali lagi baginya, untuk menguatkan orang Melayu, kaum ini mesti bersatu di bawah PPBM bukannya Umno. Orang Melayu akan lebih kuat dalam PH jika banyak yang menyertai PPBM. Jika banyak orang Melayu kekal dalam Umno, maka mereka berada di luar kuasa.

Bagi Umno pula, orang PPBM patut kembali ke Umno supaya akhirnya parti itu dapat kembali berkuasa. Tetapi banyak orang Melayu lebih yakin pada kepimpinan Mahathir daripada mana-mana pemimpin Umno sekarang. Mereka adalah menjadi tonggak pada PH sekarang.

Masa kian suntuk untuk meletakkan parti utama mana yang orang Melayu akan pilih, sama ada PPBM atau Umno. Tetapi banyak orang muda Melayu sudah tidak terikat pada parti tradisi, sama ada Umno dan pecahannya PPBM, atau PAS dan pecahannya Amanah. Mereka bukan saja boleh beralih ke PKR atau DAP, malah melahirkan wadah-wadah politik baru.

Dicatat oleh ELBI RISALAH di 7/09/2019 03:08:00 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Papar versi mudah alih
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

PILIHAN TRANSLATE / TERJEMAHAN BERITA KE BAHASA ANDA:

IKLAN :- HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI, SUNGAI BESAR, SELANGOR

TELEFON PEJABAT: 019-911 4470 ( whatsapp / SMS )

SUASANA SEMASA HOMESTAY JKKK

SUASANA SEMASA HOMESTAY JKKK
BULAN JANUARI 2022.... Kerja-kerja mengambil hasil sawah padi menggunakan jentuai sudah bermula di sekitar kampung Sungai Haji Dorani. Di jangka akhir bulan Januari 2022 semua sawah habis diambil hasilnya....Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)
SILA LAWATI HALAMAN FACEBOOK AR RISALAH
( SILA KLIK DI SINI ! )

PAUTAN BERITA DI SARANKAN:

  • UTUSAN ONLINE
  • SUARA MERDEKA
  • ISMA WEB
  • MALAYSIA GAZETTE
  • MALAYSIA DATELINE
  • ASTRO AWANI
  • FREE MALAYSIA TODAY
  • SABAH KINI
  • SUARA KEADILAN
  • SELANGOR KINI
  • HARIAN METRO
  • MALAYSIA TODAY
  • SABAH DAILY
  • BERNAMA
  • BULETIN ONLINE
  • SINAR HARIAN
  • BERITA HARIAN ONLINE
  • MSTAR ONLINE
  • HARAKAH DAILY
  • AGENDA DAILY
  • SUARA MERDEKA
  • MALAYSIA NOW

PEMBACA SEJAK 2007 HINGGA HARI INI:



Sedang Online
page counter

PENGGEMAR / PEMBACA TETAP:

PAPARAN TAJUK BERITA DISIAR :

  • ►  2022 (806)
    • ►  Februari (113)
    • ►  Januari (693)
  • ►  2021 (7523)
    • ►  Disember (628)
    • ►  November (724)
    • ►  Oktober (582)
    • ►  September (546)
    • ►  Ogos (653)
    • ►  Julai (613)
    • ►  Jun (677)
    • ►  Mei (525)
    • ►  April (683)
    • ►  Mac (697)
    • ►  Februari (554)
    • ►  Januari (641)
  • ►  2020 (5749)
    • ►  Disember (547)
    • ►  November (548)
    • ►  Oktober (465)
    • ►  September (460)
    • ►  Ogos (591)
    • ►  Julai (520)
    • ►  Jun (502)
    • ►  Mei (495)
    • ►  April (340)
    • ►  Mac (386)
    • ►  Februari (410)
    • ►  Januari (485)
  • ▼  2019 (4809)
    • ►  Disember (393)
    • ►  November (311)
    • ►  Oktober (283)
    • ►  September (325)
    • ►  Ogos (331)
    • ▼  Julai (305)
      • Batalkan projek tambak laut
      • Khazanah Jual Lagi.. Terima Kasih PH
      • Adun Bersatu S'gor sokong PM kekal hingga habis pe...
      • Peguam Sultan Muhammad V nafi perkahwinan bersama ...
      • Kerajaan negeri tunggu laporan polis sebelum hukum...
      • Syarat ketat punca kurang 15% permohonan Rumah Sel...
      • Ejek, buli Orang Asli: 'Bermula dari rumah, cermin...
      • Pemandu didenda RM5,000 bawa kambing, biri-biri
      • Piagam UMNO, Pas tidak sentuh soal pembahagian kerusi
      • Lupus bot nelayan asing, perbincangan MOA, KDN per...
      • Pas-UMNO berdepan cabaran besar untuk bahagi kerusi
      • Keluarga dakwa anak mati ketika direman di Penjara...
      • Mahkamah tetapkan pengurusan kes lucut harta Umno ...
      • Umno sorok duit luar negara skrip terbaru Mahathir...
      • Umno nampaknya ada perubahan yang ketara kata oran...
      • Dibantah kawan dan lawan, PSR mesti dibatalkan!
      • Keghairahan Anwar tidak melayakkannya ganti Tun M ...
      • 'PAS jadi kingmaker di tengah persengketaan PH'
      • Dua suspek tetak veteren UMNO Kelantan diburu polis
      • Polis lepas tembakan terhadap kereta cuba langgar ...
      • Polis buru bapa disyaki rogol anak umur 13 tahun
      • Pemimpin Umno nafi agih kerusi 50-50 dengan PAS
      • 'Kami terancam!'
      • Rintih si anak
      • Keberahian Anwar Ibrahim
      • MMU tak jadi naikkan yuran selepas 1,000 pelajar p...
      • Kes rogol Paul Yong memalukan negara
      • Pendirian Pas-UMNO seiring pandangan saya – Azmin
      • 800 syarikat kawalan keselamatan bakal gulung tikar
      • Azmin tak mampu berfikiran waras
      • Kerajaan rugi RM3-RM5 bilion kebocoran hasil di pi...
      • Kes pencemaran Sg Selangor: Tiada unsur sabotaj – KPN
      • Kes saman fitnah Teresa Kok terhadap Presiden JMM ...
      • Jangan sibuk hal peralihan kuasa, ahli Parlimen PK...
      • Tak perlu perbaharui sokongan kerana Anwar tak dic...
      • Itu gambar palsu, Shafie tak pernah lulus lesen sa...
      • UMNO, PAS tandatangan piagam kerjasama pada 14 Sep...
      • Tunggulah, berkesan atau tidak mufakat UMNO-Pas
      • Liew kantoi, memalukan
      • Rais tegur hospital swasta guna bahasa Inggeris
      • Siasatan kes jam tangan mewah setpol menteri seles...
      • Cari ‘kawan’ sebenar ketika kita jatuh – Asyraf Wajdi
      • 'Orang Asli berhenti sekolah kerana dibuli dan dih...
      • Umur Dr M dah Isyak nak masuk tahajud - Zahid
      • Liew kata kenyataan disalah petik, ini penyata Han...
      • Lebih 3,000 pelajar di Pasir Gudang terima sokonga...
      • Ainul Mardhiah selamat pulang selepas dirawat di L...
      • Suka, sedih jururawat tabur khidmat di Makkah
      • Kelonggaran beli rumah bantu peminjam PTPTN beres ...
      • Asakan D4P Di Parlimen Dalam Isu-Isu Kewarganegara...
      • AZMIN TENTU LEBIH TERUJA JIKA DITAWARKAN AMBIL ALI...
      • Telefon, cakap dengan saya, kata Waytha pada Ramasamy
      • K'jaan negeri digesa iktiraf hak tanah adat Orang ...
      • Azmin akan berhempas pulas dalam PKR - Tok Him
      • Jangan perkecil penyatuan Melayu
      • 'Hari ini ada banyak orang jahil, tak jadikan al-Q...
      • Mat Sabu 'capatikan' janji
      • Biar rakyat tentukan PM ke-8, elak Dr M tersilap p...
      • Kutipan SST diunjur RM22 bilion tahun ini
      • Tak logik Azmin nak keluar PKR
      • UMNO masih relevan, perlu gandingan bahu untuk men...
      • Peguam Negara tentukan Azmin ditahan atau tidak
      • Farhash dan MB Selangor dirujuk ke lembaga disipli...
      • Ahli akademik cadang Dr M jadi pendamai konflik An...
      • Kes 'Awang Besol' pertama kali berlaku di Malaysia
      • 'Azmin semburit': Ahli PKR gesa tindakan ke atas F...
      • Golongan muda dan profesional perlu digalak sertai...
      • Polis giat kesan suspek kes samun bersenjata parang
      • Umno wujudkan tabung dana biayai aktiviti, hadapi ...
      • Zuraida harap Farhash lebih waras lepas bebas reman
      • Farhash temui 'hikmah' dalam lokap
      • Umno, PAS sepakat tutup pintu buat parti berkawan DAP
      • MMU perlu perjelas isu kenaikan mendadak yuran akt...
      • AG nafi keluar arahan afidavit sebelum inkues tamat
      • Peguam Negara tentukan Azmin ditahan atau tidak
      • Inkues Adib selesai
      • Penyokong rai hari lahir Najib di mahkamah
      • Salah faham tentang ‘babi’ dikatakan punca guru di...
      • Kertas siasatan TNB sedang dilengkapkan - Menteri
      • Laungan 'reformasi' sambut pembebasan setiausaha A...
      • Husam: Pemimpin PAS 'pelakon politik' macam orang ...
      • Selera PAS tiada pada PH
      • ‘Tahan hakim bukti tiada siapa kebal’
      • Individu cemar sungai boleh kena SOSMA - KPN
      • Budak dua tahun teguk arak
      • Sabotaj air Selangor: Polis akan ambil tindakan pa...
      • Haziq, setiausaha Anwar dijangka bebas dari reman ...
      • MB tak tolak faktor sabotaj punca Sg. Selangor dic...
      • ‘Pakar tak bertauliah’ sensasikan isu Pasir Gudang
      • Beri kesedaran untuk jadi pemilih - Ustaz Azhar
      • Jangan laga-lagakan kami, kata Azmin
      • Kerajaan Terengganu perlu semak semula lesen membalak
      • Apa akhirnya siasatan video seks?
      • RAM Ratings jangka inflasi meningkat kepada 1.6% p...
      • ATM bukan ‘buruh murah’, kata Liew
      • Hari ke-41: 'Deposit tunai dari dana peribadi Najib'
      • Kalau parlimen bubar dan Hadi jadi PM
      • Zahid: Umno kini berpecah kepada lima golongan
      • Wang lebih RM48 juta yang dirampas dari bapa Jho L...
      • Dalang video seks berkait dengan menteri perlu dik...
    • ►  Jun (385)
    • ►  Mei (553)
    • ►  April (526)
    • ►  Mac (565)
    • ►  Februari (409)
    • ►  Januari (423)
  • ►  2018 (6148)
    • ►  Disember (454)
    • ►  November (269)
    • ►  Oktober (304)
    • ►  September (404)
    • ►  Ogos (545)
    • ►  Julai (533)
    • ►  Jun (673)
    • ►  Mei (613)
    • ►  April (624)
    • ►  Mac (534)
    • ►  Februari (577)
    • ►  Januari (618)
  • ►  2017 (5675)
    • ►  Disember (382)
    • ►  November (275)
    • ►  Oktober (475)
    • ►  September (588)
    • ►  Ogos (441)
    • ►  Julai (551)
    • ►  Jun (691)
    • ►  Mei (671)
    • ►  April (313)
    • ►  Mac (454)
    • ►  Februari (432)
    • ►  Januari (402)
  • ►  2016 (7452)
    • ►  Disember (359)
    • ►  November (406)
    • ►  Oktober (557)
    • ►  September (402)
    • ►  Ogos (548)
    • ►  Julai (594)
    • ►  Jun (785)
    • ►  Mei (676)
    • ►  April (733)
    • ►  Mac (849)
    • ►  Februari (705)
    • ►  Januari (838)
  • ►  2015 (8682)
    • ►  Disember (833)
    • ►  November (514)
    • ►  Oktober (847)
    • ►  September (836)
    • ►  Ogos (793)
    • ►  Julai (718)
    • ►  Jun (762)
    • ►  Mei (715)
    • ►  April (619)
    • ►  Mac (699)
    • ►  Februari (656)
    • ►  Januari (690)
  • ►  2014 (8145)
    • ►  Disember (740)
    • ►  November (633)
    • ►  Oktober (680)
    • ►  September (603)
    • ►  Ogos (783)
    • ►  Julai (649)
    • ►  Jun (624)
    • ►  Mei (786)
    • ►  April (640)
    • ►  Mac (647)
    • ►  Februari (621)
    • ►  Januari (739)
  • ►  2013 (9397)
    • ►  Disember (679)
    • ►  November (673)
    • ►  Oktober (670)
    • ►  September (714)
    • ►  Ogos (618)
    • ►  Julai (782)
    • ►  Jun (757)
    • ►  Mei (1028)
    • ►  April (921)
    • ►  Mac (942)
    • ►  Februari (795)
    • ►  Januari (818)
  • ►  2012 (8713)
    • ►  Disember (724)
    • ►  November (765)
    • ►  Oktober (680)
    • ►  September (719)
    • ►  Ogos (657)
    • ►  Julai (808)
    • ►  Jun (765)
    • ►  Mei (650)
    • ►  April (744)
    • ►  Mac (708)
    • ►  Februari (702)
    • ►  Januari (791)
  • ►  2011 (8530)
    • ►  Disember (670)
    • ►  November (713)
    • ►  Oktober (747)
    • ►  September (770)
    • ►  Ogos (901)
    • ►  Julai (749)
    • ►  Jun (636)
    • ►  Mei (654)
    • ►  April (721)
    • ►  Mac (668)
    • ►  Februari (601)
    • ►  Januari (700)
  • ►  2010 (7190)
    • ►  Disember (627)
    • ►  November (442)
    • ►  Oktober (703)
    • ►  September (587)
    • ►  Ogos (600)
    • ►  Julai (718)
    • ►  Jun (626)
    • ►  Mei (806)
    • ►  April (680)
    • ►  Mac (411)
    • ►  Februari (516)
    • ►  Januari (474)
  • ►  2009 (5414)
    • ►  Disember (421)
    • ►  November (486)
    • ►  Oktober (447)
    • ►  September (397)
    • ►  Ogos (496)
    • ►  Julai (515)
    • ►  Jun (500)
    • ►  Mei (442)
    • ►  April (414)
    • ►  Mac (470)
    • ►  Februari (489)
    • ►  Januari (337)
  • ►  2008 (4188)
    • ►  Disember (367)
    • ►  November (358)
    • ►  Oktober (305)
    • ►  September (366)
    • ►  Ogos (337)
    • ►  Julai (426)
    • ►  Jun (364)
    • ►  Mei (337)
    • ►  April (352)
    • ►  Mac (368)
    • ►  Februari (314)
    • ►  Januari (294)
  • ►  2007 (307)
    • ►  Disember (143)
    • ►  November (110)
    • ►  Oktober (30)
    • ►  September (24)

Halaman

  • Laman Utama
  • HALAMAN FB AR RISALAH
PENAFIAN

AR RISALAH tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan, kerosakan atau masalah yang mungkin timbul kepada para pengguna semasa melayari laman ini. AR RISALAH juga tidak terlibat risiko dari segi undang-undang ke atas penyiaran bahan maklumat, tetapi menjadi tanggungjawab oleh punca maklumat seperti tertera.
Get Free Shots from Snap.com
Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.