MALAYSIAKINI
Terdapat mesej yang mengejek Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Mohamed Azmin Ali mengaitkannya dengan dakwaan skandal seks, manakala
ada juga kain rentang yang mengatakan MP Gombak itu lebih layak menjadi
perdana menteri berbanding Presiden PKR Anwar Ibrahim.
"Kain rentang itu kelihatan ketika waktu sembahyang Jumaat tengah hari tadi. Ia tiada di situ ketika saya memandu di kawasan tersebut semalam," katanya kepada Malaysiakini.
Kain rentang yang merujuk kepada skandal seks tertera "Azmin Ali cinta Haziq Aziz" dengan cinta dirujuk melalui dua lambang hati berwarna merah, manakala terdapat tulisan "Hilman Frust (kecewa)" yang diapit dua simbol hati retak terbelah berwarna hitam.

Azmin
yang juga timbalan presiden PKR menyifatkan video itu sebagai komplot
jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan yakin ia kerja 'orang
dalam parti'.
Anwar telah berulang kali menafikan penglibatan dalam video seks itu.
Dalam pada itu, satu lagi kain rentang berbunyi: "Kami sokong Azmin Ali sebagai perdana menteri kelapan. Mohon Dr Mahathir tolak Anwar Ibrahim."
Mengulas isu kain rentang ini, Setiausaha Khas kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, R Suresh Kumar berkata beliau tidak yakin orang PKR di belakang kerja-kerja tersebut.
"Ini macam kerja orang luar.
"Kedua-dua kain rentang menyerang Anwar dan Azmin kelihatan menggunakan kain yang sama. Tulisannya pun sama," jelasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan