Oleh
Athirah Huda Zalhe
Nak jadi
negara republik kah sibuk bela pesalah: Aminuddin

BANGI – Tindakan mempertikai dan membela hukuman penjara ke atas aktivis
Islam liberal, Wan Ji Wan Hussin hanya akan memberikan gambaran yang tidak baik
kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, beliau sehingga
kini tidak pasti apa yang ingin dibincangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim terhadap hukuman ke atas Wan Ji, sedangkan ia sudah diputuskan
mahkamah.
Beliau
berkata, tindakan Anwar mempertikaikan hukuman itu dilihat seolah-olah Ahli
Parlimen Port Dickson berkenaan tidak percaya kepada mahkamah.
“Ada
mahkamah di luar mahkamah atau apa? Hakim pun akan pening nanti. Kenapa
tiba-tiba sahaja ramai yang nak membela dalam kes ini.
“Rakyat
akan tertanya-tanya, adakah pihak kerajaan memang tidak suka Raja-Raja
Melayu?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau
berkata, apa perasaan Raja-Raja yang sudah terguris dengan kenyataan yang
dibuat Wan Ji sebelum ini, apabila kerajaan tiba-tiba seperti mahu membela
pesalah terbabit.
“Atau
memang kerajaan mahu menuju ke arah negara republik? Kes Adib yang jelas macam
ada konspirasi pula tak nampak mereka nak bincang sebegini rupa.
“Apa nak
jadi dah dengan negara ini,” katanya.
Semalam,
Anwar dilaporkan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
untuk membincangkan mengenai hukuman penjara setahun yang dikenakan terhadap
Wan Ji, mengikut Akta Hasutan kerana menghina Sultan Selangor.
Ahli
Parlimen Port Dickson itu menyifatkan hukuman berkenaan sebagai kerangka
pemikiran usang, lapuk dan jumud yang masih wujud dalam pentadbiran.
Wan Ji,
37, ditahan di Penjara Kajang, sejak semalam selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam
menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana
menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh
tahun lalu.
Bekas
Penasihat agama, Lim Guan Eng itu terpaksa meringkuk di penjara selepas Hakim
Datuk Abdul Halim Aman meminda hukuman berkenaan kepada setahun penjara
terhadap Wan Ji selepas mempertimbangkan rayuan silang pihak pendakwaan.
Wan Ji
didakwa pada 10 September 2014, menerbitkan perkataan yang menghina Sultan
Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook dengan
nama wanji.attaaduddi.
Dia
dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri
Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5,
Shah Alam, pada 10 pagi, 5 November 2012.
Jika sabit
kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan
1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau
kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Untuk
kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum
lima tahun, jika sabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.