MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Rabu, 17 Julai 2019
Paksa Dr M bekerja hingga 98 macam mendera, kata penulis ‘Anwar PM ke-8’
Nur Hasliza Mohd SallehShahbudin Husin
SHAH ALAM: Penulis buku “Anwar PM ke-8”, Shahbudin Husin berkata
tindakan segelintir pihak yang memaksa Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad terus berkhidmat sehingga habis penggal macam mendera pemimpin
berusia 94 tahun itu.
“Kalau kita paksa dia bekerja sampai usia 98 tahun, saya rasa macam
kita mendera,” katanya di majlis pelancaran dan perbincangan bukunya di
Me’nate Steak Hub hari ini.
Shahbudin berpandangan tempoh yang sesuai adalah peralihan kuasa
selepas 2 tahun berkhidmat, dan pada ketika itu, Mahathir sudah berusia
95 tahun.
Beliau berkata demikian ketika menceritakan tujuannya
mengarang buku tersebut. Hadir sama, bekas presiden Transparency
International Malaysia (TI-M), Akhbar Satar; Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Darul Ehsan, Mohammad Redzuan Othman; dan bekas wartawan, A
Kadir Jasin.
Shabudin berharap perjanjian mengenai peralihan kuasa kepada Anwar antara komponen Pakatan Harapan itu ditunaikan.
“Selain janji yang sudah dimeterai, ia juga adalah proses
kelangsungan yang akan memastikan PH terus stabil dan tidak berpecah,”
katanya.
Sementara itu, Kadir yakin Anwar akan menjadi perdana menteri seperti yang disebut-sebut dalam kalangan pimpinan PH.
Kadir, yang diketahui rapat dengan Mahathir berkata, rakyat tidak
perlu lagi membincangkan soal peralihan kuasa kerana ada banyak lagi isu
penting sekarang ini.
“Pakar ekonomi juga telah meramalkan ekonomi yang lebih sukar dalam
satu hingga 2 tahun akan datang. Jadi, seperti kata Jomo, kita harus
berhenti bercakap politik dan memberi tumpuan kepada ekonomi,” katanya,
merujuk kepada ahli ekonomi, Jomo Kwame Sundaram.
Kadir berkata pelabur lebih pentingkan penjelasan dan
kepastian mengenai dasar-dasar negara daripada soal siapa yang akan
mengetuai negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan