Tindakan diambil jika kenderaan ada masalah teknikal, tak letak pelekat

BANGI
– Tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu e-panggilan yang tidak
mempunyai lesen perkhidmatan awam (PSV), kata Ketua Pengarah Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid.
Beliau
berkata, pemandu e-panggilan yang beroperasi tanpa lesen PSV melakukan
kesalahan mengikut Seksyen 56 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM2,000 atau dipenjara tidak lebih daripada enam bulan setelah disabitkan,” katanya.
Beliau
berkata, tindakan juga akan diambil terhadap pemandu yang gagal
memaparkan pelekat e-panggilan, serta kenderaan yang mempunyai masalah
teknikal, lapor NST.
Katanya,
kegagalan memaparkan pelekat itu adalah kesalahan mengikut Peraturan
Kenderaan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Pengawal dan Penumpang)
1959, sambil memaklumkan bahawa pesalah akan dikenakan denda tidak
melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.
Semalam, dilaporkan bahawa hanya 10 peratus pemandu Grab yang aktif telah memperolehi lesen itu.
November
lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa pemandu
e-panggilan perlu untuk mendapatkan lesen PSV bermula Januari.
Beliau berkata, pemandu akan diberikan tempoh sehingga 12 Julai untuk mendapatkan lesen mereka, termasuk mengambil kursus PSV.
Dilaporkan bahawa pemandu e-panggilan perlu membayar sehingga RM800 untuk mendapatkan lesen dan dokumen lain yang diperlukan.
Kos
berkenaan adalah termasuk RM200 untuk ujian lesen, RM300 hingga RM400
untuk caj insurans tahunan bagi kenderaan PSV dan yuran pembaharuan
lesen PSV sebanyak RM20.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.