PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan menerima 4 tawaran untuk mengambil alih Malaysia Airlines, dengan majoritinya daripada anak tempatan.
Bagaimanapun, perdana menteri berkata, belum ada keputusan dibuat mengenai tawaran itu.
“Kita perlu kaji secara berhati-hati kerana sudah tukar banyak kali dan masih tidak jadi. Kita mesti cari orang yang berpengalaman,” katanya selepas menghadiri dialog bersama ketua eksekutif industri pada majlis penutupan persidangan TVET hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan