KOTA BHARU: Kerjasama
atas nama penyatuan ummah yang berlaku sekarang menjadi kewajiban
dilaksanakan bagi kepentingan negara dan kemakmuran ummah.
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Dato’ Dr Johari Mat berkata, dalam situasi sekarang kerjasama
berpaksikan Islam menjadi satu keperluan.
“Dalam bahasa mudah kita sebut wajib
kerjasama tersebut dengan mengambil kira keadaan yang berlaku sekarang
di mana ancaman terhadap Islam dan ketuanan Melayu semakin jelas,”
katanya di sini.
Pada muktamar di Kuantan 23 Jun lepas
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
menyifatkan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah perkara
wajib dilakukan.
Menurutnya matlamat itu boleh dicapai
menerusi taawun demi kepentingan Islam antara PAS dan Umno serta parti
politik bukan Islam yang tidak ekstrem.
Dr Johari yang juga Pengarah Institut
Pemikiran Tok Guru (IPTG) berkata, kerjasama politik dengan Umno dalam
situasi sekarang jauh berbeza dengan suasana pada 1973.
“Sekarang Umno sudah ada tidak kuasa dalam kerajaan untuk mengulangi apa yang pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya.– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.