WAWANCARA | Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin berkata Peguam Negara Tommy Thomas perlu memandang serius tentang penggunaan akta itu sebelum lebih ramai menjadi mangsa.
Selain Akta Hasutan, beliau juga menggesa undang-undang lain seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dimansuhkan, seperti yang dinyatakan dalam manifesto PRU ke-14.
"Peguam negara perlu segera (melihat perkara ini)...Dan ambil serius berkenaan dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melibatkan Akta Hasutan," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini dua hari lalu.
Wan Ji dijatuhkan hukuman penjara setahun bawah Akta Hasutan 1948 pada 9 Julai lalu dan kini sedang membuat rayuan atas sabitan itu.
Bagaimanapun hukuman itu ditingkatkan kepada setahun selepas rayuan silang pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah.

"Tiada representasi bertulis yang pernah dibuat oleh tertuduh atau peguamnya kepada saya, dan saya sendiri tidak menyedari perkara ini sehingga keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Julai 2019 diketahui umum," kata Thomas.
Bagaimanapun Wan Ji berkata Thomas tidak boleh menggunakan alasan tiada representasi daripada peguamnya itu sebagai alasan.
Menurutnya, peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin mendakwa NGO Suaram telah menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara bagi pihaknya pada 8 Oktober lalu.
"Dia mendakwa tak dapat makluman daripada peguamnya, itu tidak tepat kerana sudah dimaklumkan oleh Suaram.
"Takkan Suaram sudah hantar (surat), peguam pula hantar? Nanti akan bertindih.
"Jadi saya tak tahu apa masalah peguam negara atau pegawainya sehingga menyebabkan maklumat tidak sampai kepadanya," katanya lagi.

“Saya rasa bukan Akta Hasutan saja, bahkan janji-janji lain (untuk mansuhkan) Poca, Pota dan Sosma. Sebab saya pun baca dalam beberapa tulisan keluarga-keluarga mangsa, dan pandangan saya mereka ini mangsa-mangsa kezaliman,” katanya lagi.
Thomas sebelum ini juga berkata tiada pendakwaan dibuat mengikut Akta Hasutan 1948 sejak pertukaran pentadbiran selepas PRU ke-14.
Tetapi katanya akta itu kini menjadi jalan terakhir tetapi pada masa sama tidak boleh diketepikan langsung, memandangkan ia tetap undang-undang yang sah selagi tidak dimansuhkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.