Insiden kebakaran hutan di Sarawak semakin bertambah dengan 17 lagi kes dilaporkan setakat 8 pagi ini menjadikan keseluruhan 494 kes dilaporkan sejak 1 Ogos, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.
Jumlah kawasan terjejas setakat ini ialah seluas 1,391.73 ekar serta turut terjejas dua buah rumah masing-masing di Kampung Sangki, Simunjan dan Kampung Sedi di Pulau Bruit.
“Secara Purata JBPM Sarawak bertindak ke atas 30 kes kebakaran api belukar setiap hari dan untuk hari ini, bahagian Kuching mencatat kes tertinggi dengan lapan kes, diikuti Miri (4) dan Betong (3),” menurut kenyataan JPBM Sarawak.
“Selain
itu, Kampung Tuie, Sarabang, Betong telah memasuki hari ketujuh dengan
melibatkan keluasan yang terbakar seluas 26.4 hektar (66 ekar) manakala
keluasan yang telah berjaya dipadam ialah 24 hektar (60 ekar),” katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan