Pihak berkuasa sedang mengenal pasti di mana Presiden PKR
Anwar Ibrahim berada pada hari beliau dituduh melakukan kesalahan
mencabul, maklum Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata dua pihak memberitahu polis dua versi berbeza mengenai di mana Anwar berada pada tarikh tersebut.
"Sekarang, polis cuba mengenal pasti di mana (Anwar pada 2 Oktober 2018). Pasal seorang kata A, seorang kata B. Kita akan teruskan usaha," jelasnya pada sidang akhbar di Bukit Aman.
Pada 4 Disember lalu, Muhammad Yusoff Rawther, 26, yang bekerja sebagai pegawai penyelidik kepada presiden PKR itu mendakwa dicabul Anwar.
Dalam akuan berkanun (SD) yang dibuatnya, Yusoff mendakwa kejadian itu berlaku pada 2 Oktober 2018 ketika kempen PRK Port Dickson.
Anwar telah menafikan dakwaan berkenaan.

Yusoff sebelum ini disoal sebanyak dua kali sebelum diminta menjalani ujian poligraf.
Anwar juga telah disoal dan polis telah mengunjungi kediaman beliau di Segambut sebagai sebahagian daripada siasatan.
Sementara
itu, Abdul Hamid berkata ujian poligraf yang dilakukan ke atas Yusoff
Rawther pada 17 Disember lalu tidak boleh digunakan sebagai bukti di
mahkamah.
"Ujian poligraf sebenarnya tidak diterima dalam proses mahkamah sebagai bukti.
"Ujian poligraf hanya digunakan dalam pasukan siasatan, untuk membantu siasatan meyakinkan penyiasat yang disoal bercakap benar atau tidak.
"Jadi, kalau kita dapati dia cakap benar ikut ujian tadi, kita gandakan lagi usaha kita aspek mana yang lemah yang kita tiada bukti tadi, pasal kita percaya dia cakap betul," jelas beliau pada sidang akhbar.
Sehingga ke hari ini, katanya polis masih belum dapat menentukan jika Yusoff Rawther telah bercakap benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.