
“Perkara ini bukan sekali dua yang terpaksa rakyat hadapi dalam setiap tahun, malah rakyat sudah jemu dengan masalah ini yang kerap kali berlaku.
“Hal ini menyebabkan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tawar itu mengulas isu gangguan bekalan air yang berlaku lagi di negeri itu ekoran masalah di Empangan Semenyih sejak Sabtu lalu.
Menurut Rizam, adakah ini balasan kepada rakyat selepas kuasa rakyat memberi Pakatan Harapan (PH) untuk memegang tampuk kuasa baik di Selangor dan kerajaan pusat.
“Kita sudah hendak masuk ke zaman kereta terbang tahun hadapan, tahun 2020 yang dinanti-nantikan oleh rakyat malaysia, kenapa pihak kerajaan negeri tidak memberi keutamaan kepada isu air ini?
“Saya mohon dengan segala kemudahan dan kepakaran yang dimiliki oleh air Selangor hari ini dapat disegerakan pembersihan di kawasan yang mengalami masalah tersebut sekaligus memastikan pencemaran air tidak tercemar dan mampu disalurkan kembali kepada pengguna dalam kadar segera,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan