PAS Kedah menuntut kerajaan mencari mekanisme bagi memudahkan rakyat mendapatkan bekalan air zamzam.
Pesuruhjayanya Ahmad Yahaya juga berkata kerajaan wajar berunding dengan Arab Saudi bagi melantik syarikat tertentu bagi mengurus pembekalan air zamzam ke Malaysia.
“Air zamzam banyak kegunaannya bukan sekadar untuk diminum.
Bagi memastikan keasliannya pula, Ahmad berkata logo hologram untuk mengesahkan keasliannya boleh diguna pakai.

Tulisan di Facebook bahagian itu pada 3 Januari meningatkan bahawa individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zamzam boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Penipuan komersial - kedutaan Saudi
Selepas dikecam di alam maya, bahagian itu berkongsi notis daripada kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, berkaitan penipuan produk itu di negara ini.
“Oleh kerana kerajaan Arab Saudi tidak mengeksport air zamzam ke luar negara, penjualannya (air zamzam) di kedai-kedai makanan di Malaysia dikira penipuan komersial oleh kedai-kedai itu dan penipuan terhadap umat Islam di Malaysia," menurut notis itu,
Bahagian itu juga berkongsi kenyataan media lama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah pada 9 Disember 2017 berkaitan penjualan air zamzam palsu.

“Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zamzam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.
“Sehubungan itu, penjualan air zamzam tidak dibenarkan di Malaysia,” katanya.
Menurut kenyataan itu, air zamzam dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Kelulusan pihak berkuasa geologi dan hidrologi
Pengimportannya memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.
Penguatkuasaan terhadap penjualannya oleh KKM juga dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), menurut kenyataan itu lagi.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan Seksyen 4(1)(f), Akta Makanan 1983.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan