
Beliau yang memangku jawatan Menteri Pendidikan memberitahu taklimat yang dihadirinya semalam sangat panjang, dan pelbagai perkara telah dibentangkan kepadanya.
“Bagaimanapun satu perkara yang saya telah memutuskan, anda boleh memakai kasut coklat, hitam, kelabu, putih atau kasut apa sahaja,” kata Perdana Menteri dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia di sini, hari ini.
Jawapan Dr Mahathir disambut gelak ketawa barisan kepemimpinan Bersatu dan media yang membuat liputan sidang media tersebut.
Kabinet memutuskan Dr Mahathir memangku jawatan Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari lalu berikutan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik.
Peletakan jawatan Maszlee ekoran satu surat yang mengarahkan beliau berbuat demikian.
Maszlee dalam sidang media mengumumkan peletakan jawatannya berkata, beliau diarahkan berbuat demikian kerana sering dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan antaranya isu melibatkan jawi, nternet sekolah dan program sarapan percuma.
Kelmarin tular satu pekeliling Kementerian Pendidikan mengenai kaji selidik pelaksanaan kasut hitam. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.