"Tindakan Anwar beritahu semua orang dia akan ganti Tun M pun tidak elok, nampak sangat gelojoh. Itu pandangan saya sebagai orang luar dari Pakatan Harapan (PH).
"Kalau semua orang boleh bertenang dan tunggu masanya, saya rasa tidak ada masalah," katanya selepas beliau menyampaikan kuliah sesi kedua di Medan Ilmu di sini hari ini.
Mohd Amar (kanan) tidak melepaskan peluang bermesra dengan rakyat yang hadir kuliah tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Fokus pulihkan ekonomi, perbaiki kehidupan rakyat
Mohd Amar berkata, isu peralihan kuasa perdana menteri itu tidak perlu dihangatkan lagi dan biarkan ia berlaku sebaiknya.
"Tidak elok rasanya untuk kita bercakap dan mendesak. Apa yang kita nak cepat sangat. Sekarang ini kita tengok Tun M melaksanakan tugas Perdana Menteri dengan baik. Dengan pengalaman dan kredibiliti yang ada.
"Tun sebenarnya boleh jadi 'gam' untuk mengikat parti-parti dalam PH. Orang lain belum tentu boleh gantikan Tun. Maka lebih baik kita tunggu bila Tun bersedia untuk lepaskan jawatannya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.