
“Ianya berfungsi sebagai alat pemudah komunikasi efektif antara golongan orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu dengan manusia normal yang berada di sekeliling mereka,” ujar Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Raha Abdul Rahim.
Sementara itu, Jurutera Pengajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) UTeM merangkap ketua penyelidik produk inovasi ini, Nurul Kausar Ab Majid menjelaskan, idea itu lahir ekoran isu yang sering dihadapi golongan pekak dan bisu.
Katanya, secara umum golongan pekak dan bisu merupakan terma yang boleh didefinisikan sebagai golongan yang tidak mampu untuk bertutur dan berkomunikasi secara lisan.
“Hal ini pastinya menyukarkan rutin kehidupan seharian mereka yang mana mereka tidak mampu untuk berkomunikasi secara efektif dengan masyarakat sekeliling.
“Selain daripada memudahkan golongan pekak dan bisu, produk ini juga dihasilkan untuk membantu masyarakat bagi berkomunikasi dengan mereka secara efisien,” ujar beliau.
Beliau menjelaskan produk inovasi ini adalah menerusi sepasang sarung tangan. yang mana setiap sarung tangan dilengkapi dengan beberapa sensor yang mempunyai kebolehan untuk mengesan pergerakan tangan golongan pekak dan bisu.
Setiap data yang diambil akan diproses dan diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan dan suara yang dipaparkan di telefon bimbit menerusi aplikasi Android yang dibina, katanya.
Handroid mula dibangunkan bermula daripada awal tahun 2019 yang mana projek ini dihasilkan bersama empat orang mahasiswa yang diketuai oleh Den Roko Kasdi, Ahmad Nasyir Ahmad Nizam, Muhammad Afiq Abdul Kadir dan Amir Fahmi Ibrahim.
Keempat-empat mereka kini adalah mahasiswa tahun 4 program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Automasi Industri dan Robotik) FTKEE, UTeM.
Projek itu telah dikemukakan kepada Persatuan Orang Pekak & Bisu Melaka (POPNM) sebagai inisiatif untuk mereka berkomunikasi dengan bernas.
Diharapkan inovasi futuristik akan datang dapat menambahkan lagi spesifikasi produk bagi menyelesaikan masalah dan isu yang bakal dihadapi masyarakat.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.