
Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, dana dalam tabung itu ialah hasil kutipan denda yang dikenakan ke atas pemaju menjual lot Bumiputera tanpa kebenaran DBKL.
“Ia juga sumbangan sebanyak 5% daripada harga unit yang diberikan pelepasan untuk dijual kepada bukan Bumiputera.
“Tiada syarat had umur, yang mesti ada ialah (surat) tawaran dari bank, bukannya terus datang ke kaunter DBKL minta duit deposit,” katanya pada sidang media di DBKL hari ini.
Beliau menganggarkan tabung itu dapat membantu sekurang-kurangnya 130 pembeli yang memerlukan bantuan untuk membayar wang pendahuluan bagi pembelian rumah mampu milik.
“Mungkin terdapat pembeli yang sudah mempunyai separuh bayaran pendahuluan dan memerlukan sedikit saja lagi dana untuk bayar deposit,” katanya sambil menambah pemohon mengemukakan permohonan di Jabatan Kewangan atau Jabatan Perumahan DBKL.
Beliau berkata, pembeli rumah perlu membayar balik jumlah yang dipinjamkan dalam 10 tahun tanpa dikenakan sebarang faedah.
Dalam perkembangan lain, Khalid mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk DBKL mengambil pekerja sambilan bagi membuat persiapan pelbagai acara di KL sepanjang tahun ini, contohnya KL
Kota Buku Dunia, Tahun Melawat Malaysia dan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November nanti.
“DBKL merancang membuat pengambilan 229 pegawai dan kakitangan baru berstatus pekerja sambilan harian (PSH) secara temuduga terbuka bagi pelbagai jawatan,” katanya sambil menambah PSH membabitkan perbelanjaan RM4.3 juta, manakala baki akan digunakan untuk menyediakan peluang pekerjaan lain dari masa ke masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.