Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan PAS dan MCA
sebagai 'talam dua muka' dalam isu kontroversi pelajaran Jawi di sekolah
vernakular.
Katanya, misalnya PAS apabila bercakap kepada khalayak Melayu menggesa supaya Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) diharamkan.
Pada masa yang sama, kata Lim, PAS memberitahu masyarakat Cina mereka bersedia untuk menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan perkara tersebut.
"Orang bukan Islam tidak boleh terjerumus ke dalam permainan politik dua wajah (talam dua muka) pembangkang, tetapi sebaliknya bersatu melawan golongan rasis dan pelampau.
"Jika BN menang, ia hanya akan melemahkan Pakatan Harapan. Sekiranya anda masih tidak bangun dengan hal ini, saya hanya boleh kata anda perlu menjelaskannya kepada generasi anda yang akan datang," katanya dipetik sebagai berkata.
Pada 26 Disember lalu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin
Hassan berkata partinya sedia berdialog dengan semua pihak termasuk
Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan MCA
dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan awam.
Takiyuddin juga berkata PAS bukan setakat memperjuangkan hak umat Islam tetapi juga bertanggungjawab melaksanakan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bagi mencapai hasrat
tersebut, jelas Takiyuddin, "Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada
awal Disember 2019 yang lalu telah bersetuju menubuhkan satu
jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Mahabbah PAS – MCA dipengerusikan oleh Naib Presiden Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga menteri besar Terengganu."
Rakan sejawatnya dari MCA, Chong Sin Woon pada 27 Disember pula berkata MCA masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan