
Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya, Zuraida Kamaruddin agar memastikan tempat merokok itu mengikut peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.
“Kita tahu KPKT melalui PBT telah menyediakan tempat merokok di luar premis sekitar sejauh tiga meter atau 10 kaki, ia suatu yang dianggap tempat mesra perokok.
“Dari segi kesihatan, ia juga kurang baik kepada yang bukan perokok, yang tentunya apabila berada di kedai makan, mereka tidak mahu diganggu oleh asap rokok,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen Speak Out: Express Your Right di Stesen Komuter di KL Sentral hari ini.
Sebelum itu, Dr. Dzulkefly bersama pegawai kanan Kementerian Kesihatan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) menaiki komuter dari Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan ke Stesen KL Sentral.
Sepanjang perjalanan 15 minit itu, beliau beramah mesra dengan penumpang komuter dan bertanyakan mereka mengenai kempen Speak Out.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.