Halaman

Isnin, 6 Januari 2020

Liew minta Khairy jangan kelirukan rakyat Sabah, Sarawak

MALAYSIAKINI




Menteri Undang-Undang, Liew Vui Keong berkata, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak seharusnya mengelirukan rakyat Malaysia Timur berhubung pindaan perlembagaan yang gagal untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dengan Semenanjung Malaysia pada April tahun lalu.

Ini selepas Khairy mendakwa Anggota parimen Umno dan PAS enggan menyokong pindaan itu kerana mereka mahukan sesuatu yang lebih substantif, menyebabkan rang undang-undang itu gagal mendapat dua pertiga sokongan majoriti daripada 222 ahli Dewan Rakyat.

"Kesemua Ahli Parlimen Barisan Nasional, termasuk YB Khairy, dan 19 ahli lain dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengundi.

"Mereka menafikan hak rakyat Sabah dan Sarawak hak perlembagaan mereka untuk diiktiraf sebagai rakan kongsi bersama dalam Persekutuan ini.

“Pada masa material sebelum mengundi, terdapat hanya satu permintaan daripada pihak pembangkang. GPS meminta agar lima perkataan: "in accordance with the MA63" dimasukkan ke dalam klausa utama dan bukannya di Nota Penjelasan.

“Pihak pembangkang tidak pernah melakukan sebarang usaha yang mulia bagi memastikan pindaan yang lebih substantif seperti yang dikatakan oleh YB Khairy," kata Liew dalam satu kenyataan.

Pindaan kepada Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan membabitkan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai negeri dalam negara ini.

Melalui fasal baru itu, perlembagaan akan memperincikan kedudukan semua negeri yang membentuk persekutan dan mengembalikan status negeri semasa pembentukan Malaysia pada 1963.

RUU pindaan itu bertujuan mengembalikan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan sebelum pindaan yang dibuat pada 1976.

"Pindaan kepada Perkara 1(2) akan membolehkan pelaksanaan MA63 secara berjaya kerana akan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi bersama dalam Persekutuan ini maka layak diberi hak yang sama rata. Tetapi tindakan pihak Pembangkang pada April 2019 adalah jelas: mereka tidak yakin bahawa Sabah dan Sarawak mampu menjadi rakan kongsi bersama.

"Kebenarannya adalah bahawa pihak Pembangkang telah mengagalkan setiap seorang rakyat Sabah dan Sarawak dengan tindakan mereka di Dewan Rakyat. Mereka menghukum negeri-negeri Borneo, dan berusaha mencegah pelaksanaan MA63 secara berjaya.

"Saya menyeru kepada YB Khairy agar berhenti mengelirukan rakyat Sabah dan Sarawak. Sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai seorang Menteri di bawah Kerajaan Barisan Nasional, beliau tidak pernah mencadangkan apa-apa pindaan perlembagaan untuk melindungi hak rakyat Sabah dan Sarawak.

"Beliau tidak sepatutnya sekarang memperlakukan seperti memperjuangkan hak mereka bagi tujuan politik semata-mata," katanya.

Liew berkata, Putrajaya merancang membentangkan semula pindaan perlembagaan Mac 2020 dan percaya ia akan berlalu selepas Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, yang juga mengetuai GPS, menyatakan sokongan beliau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.