KUALA LUMPUR – “Bila tiba perayaan Tahun Baru Cina, pandai
pula tuntut cuti,” sindir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman berhubung kontroversi pemasangan hiasan sambutan perayaan kaum
Tionghua itu di sebuah sekolah baru-baru ini.
Beliau berkata demikian ketika membalas ciapan Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.
Menurut Syed Saddiq, sekolah kebangsaan adalah milik semua
bangsa dan agama manakala perayaan Tahun Baru Cina diraikan bersama
kerana Malaysia adalah sebuah negara yang dimiliki semua bangsa dan
agama. Pemasangan hiasan sambutan perayaan kaum Tionghua itu di sebuah sekolah baru-baru ini.
Pada 6 Januari lalu, Mohd. Khairul Azam yang turut dikenali sebagai
Buzze Azam dalam satu ciapan di Twitter telah memuat naik sepucuk surat
aduan daripada ibu bapa yang tidak senang dengan hiasan Tahun Baru Cina
di sekolah tersebut.
Beliau yang juga seorang peguam mendakwa, hiasan berkenaan adalah
melanggar Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan terdapat ibu bapa
beragama Islam tidak senang dengan apa yang dilihat mereka sebagai
cubaan untuk menyebarkan agama bukan Islam kepada para pelajar di SMK
Pusat Bandar Puchong.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.