Halaman

Selasa, 7 Januari 2020

Maszlee nafi cuba buka semula pusat ‘anti-terorisme’, sifatkan laporan sebagai fitnah


Wartawan MalaysiaGazette
MG020120_PC-MASZLEE06
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik bercakap semasa sidang media khas mengenai perletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK
 
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menafikan laporan bahawa beliau cuba membuka semula pusat ‘anti-terorisme’ yang disokong Arab Saudi yang merupakan antara punca beliau meletakkan jawatan pada 2 Januari lalu.

Malah Maszlee menyifatkan laporan tersebut sebagai fitnah

Menurutnya, semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan tiada perbincangan mengenai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) dilakukan.

“Malah apa kaitannya dengan KPM?,” katanya dalam akaun Titter hari ini.

Sebuah portal berita yang memetik sumber melaporkan bahawa cubaan membuka semula pusat “anti-terorisme” yang disokong Arab Saudi yang ditutup kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikatakan punca Perdana Menteri. Dr. Mahathir Mohamad memberi kata dua kepada Maszlee.

Menurut laporan itu, sumber yang enggan dinamakan itu mendakwa Perdana Menteri marah apabila mendengar Maszlee di belakang rancangan membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP), di samping aduan demi aduan terhadap bekas menteri pendidikan itu dalam mengendalikan portfolionya.

“Itu yang membuatkan Mahathir habis sabar, dan ia berlaku selepas Saudi meminggirkan Sidang Kemuncak KL awal bulan ini, jadi baginya tidak patut sama sekali,” kata sumber itu yang merujuk kepada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang dihadiri pimpinan Turki, Iran dan Qatar, dan dibantah Riyadh.

Maszlee berkata, umum boleh semak dengan warga Kementerian Pendidikan segala gerak kerja beliau dan semuanya ada dalam laporan dan direkodkan.

“Ya Tuhan. Berikan saya kekuatan untuk mengharungi fitnah ini. Saya sudah tiada jawatan apa-apa. Saya bukan lagi menteri. Saya hanya rakyat biasa,” tambah beliau.

Berikutan itu, Dr. Maszlee memohon agar fitnah sebegini dihentikan segera dan meminta media menyemak dahulu kesahihan berita sebelum disiarkan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.