Bungkusan plastik lut sinar dipercayai dadah yang ditemui bersama suspek. Gambar kecil : Sundralingam
SERI KEMBANGAN - Kegiatan pengedaran dadah dilakukan seorang
penuntut wanita sebuah kolej swasta bersama tunangnya terbongkar selepas
mereka diberkas dalam operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
(JSJN) Selangor kira-kira jam 6 petang di Taman Serdang Perdana, Seri
Kembangan, kelmarin.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R
Sundralingam berkata, hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu bungkusan
plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat
kira-kira 1.05 kilogram bernilai RM40,000.
"Hasil semakan, wanita
berusia 25 tahun itu merupakan penuntut tahun akhir dan tunangnya yang
berumur 28 tahun merupakan penganggur. Mereka aktif melakukan aktiviti
tersebut selepas lelaki tersebut keluar penjara bulan lalu.
"Siasatan
awal mengesyaki bekalan dadah diperoleh daripada seorang lelaki di
Ampang sebelum diedar di sekitar kawasan Serdang dan Sungai Buloh,"
katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis syabu.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan pasangan terbabit kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.