Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mendakwa segelintir
pihak membantah pemindahan pasar larut malam (uptown) Danau Kota ke
tapak baru kerana mereka mengalami “kerugian” dalam kutipan tapak gerai.
“Bantahan kerana ada pihak kerugian. Dulu pihak ini kutip RM1,000 sebulan untuk setiap satu tapak perniagaan. Ada 500 tapak. Bererti pendapatan RM500,000 sebulan.
“Sekarang sewa dibayar kepada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Kadar sewa pun lebih rendah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Himpunan itu diketuai oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah.

Daripada jumlah itu, hanya 20 peniaga Cina dan lima peniaga India diberikan tapak, dan mereka juga merupakan peniaga asal di tapak lama.
Kata
Tan lagi, bancian sama mendapati 60 peratus peniaga di tapak lama tidak
mempunyai lesen, dan menyewa tapak gerai daripada sindiket dan kroni
dengan bayaran sehingga RM1,500 sebulan sedangkan kini kesemua 500
peniaga diberikan lesen dengan bayaran serendah RM212.70 sebulan kepada
DBKL.
Hadirin yang berhimpun semalam turut mendakwa Tan menekan DBKL dan polis untuk menghalang peniaga keciciran nama terus berniaga di tapak lama, sedangkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Nor Hisham Ahmad Dahlan mengizinkannya dalam satu pertemuan tiga minggu lalu.
Mengulas mengenai hal itu, Khalid memberitahu Malaysiakini, kebenaran yang diberikan oleh Datuk Bandar sebenarnya hanyalah sehingga 31 Disember sahaja.
Mengulas mengenai peserta himpunan semalam yang menyuarakan hasrat untuk mengadakan himpunan susulan, Khalid berkata pihaknya tidak menolak mengambil tindakan sewajarnya seperti melaporkan kepada pihak polis, bagi menjaga kepentingan peniaga di Bazaria Wangsa Maju.
“Ya semestinya kita akan bertindak kerana (kita) kena jaga kepentingan peniaga,” ulasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan