Meskipun soal imejnya bukan perkara baru, nama Warren Fernandez kembali muncul di media selepas penampilannya yang dikatakan sudah berubah menjadi seakan-akan wanita tular.
Perkara ini di
tengah-tengah laporan dia diburu ah long gara-gara hutang berjumlah
RM300,000 yang ditanggungnya untuk perniagaannya bersama seorang
pelakon.
Bercakap kepada Malaysiakini, Warren - atau nama Islamnya Adam Warren Fernandez Abdullah - menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilh untuk berpakaian sedemikian.
Warren pernah membuat pendedahan itu pada sebuah portal pada tiga tahun lalu.

Mengulas lanjut, Warren mendakwa perubahan ketara pada susuk tubuhnya tidak dapat dielakkan selepas dia berhenti mengambil ubat hormon.
“Sebenarnya, keinginan saya lebih ke arah lelaki, tapi alat jantina dan susuk tubuh menjurus pada ciri-ciri wanita.
“Justeru, saya bergantung kepada ubat hormon untuk mengubah penampilan menjadi lelaki.
"Tapi saya berhenti mengambil ubat tersebut pada 2018 dan kemudian susuk tubuh terus menjadi seperti ni,” katanya.
Warren mengucapkan syahadah pada 18 Julai 2014 dan kemudian dijemput menjadi tetamu undangan PU di saluran Astro Oasis pada tahun sama untuk berkongsi pengalamannya sebagai mualaf.
Selain program ditu, Warren berkata dia pernah muncul sebagai pelakon tambahan dalam filem Jutawan Fakir dan Tujuh Perhentian.
Dia juga berkata pernah mengacarakan rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 2001 hingga 2004 dan hadir sebagai tetamu undangan untuk saluran stesen radio Ikim FM dan Sinar FM.

“Macam mana saya nak jadi lelaki sedangkan saya ada aset seperti yang wanita lain ada,” katanya.
Sementara itu, Warren berkata, hutangnya dengan ah long berjaya diselesaikan selepas dibantu oleh adiknya.
Walaupun belum bernasib baik dalam perniagaan, dia berkata tetap positif dan menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah serta boleh dijadikan pedoman.
"Saya bersyukur kerana tahun 2019 memang saya jatuh, tapi Allah tarik rezeki itu dan kemudian gantikan dengan yang lebih baik," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.