Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbual bersama Dr. Maszlee Malik di
lobi Parlimen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL The Malaysian Insight (TMI) melaporkan, surat 17 perenggan itu ditulis sendiri oleh perdana menteri dan dihantar kepada pejabat Maszlee di Parlimen Simpang Renggam pada 27 Disember lalu.
Menurut TMI, isi kandungan surat berkenaan menyatakan bahawa Dr Maszlee gagal mengikut nasihat dan beberapa kali melanggar keputusan Kabinet.
Antara
isu yang berkaitan adalah berkaitan isu pengenalan tulisan jawi,
Internet percuma kepada sekolah dan program sarapan percuma.
TMI turut mendakwa kandungan surat itu diakhiri dengan arahan Dr Mahathir meminta Dr Maszlee ‘menarik diri daripada jawatankuasa Kabinet’.
Baca: Maszlee lepas jawatan Menteri Pendidikan
Semalam Maszlee ketika berucap di Simpang Renggam berkata, beliau bukannya dipecat atau meletakkan jawatan sebaliknya keputusannya pada 2 Januari lalu adalah berkaitan perkara administratif dan beliau akur dengan arahan perdana menteri.
Baca: Maszlee sifatkan keputusan ‘pulang’ jawatan ada hikmah
Sebelum itu, Maszlee dalam sidang media ketika mengumumkan peletakan jawatannya berkata, beliau sering dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan termasuk dalam isu melibatkan Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.