ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri Johor melakukan penyusunan
dan penstrukturan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(Exco) membabitkan tiga Exco berkuat kuasa hari ini.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar, tiga Exco yang terlibat
ialah Aminolhuda Hassan, Mohd. Khuzzan Abu Bakar dan Sheikh Umar Ali.
Aminolhuda yang merupakan Exco Pendidikan, Sumber Manusia,
Sains dan Teknologi akan memegang portfolio Exco Pendidikan, Kesihatan
dan Sumber Manusia, Mohd. Khuzzan yang sebelum ini Exco Kesihatan,
Kebudayaan dan Warisan akan memegang portfolio Exco Belia, Sukan,
Kebudayaan dan Warisan. Mohd Khuzzan Abu Bakar
Sheikh Umar yang memegang portfolio Exco Belia, Sukan, Pembangunan
Usahawan dan Koperasi kini memikul tanggungjawab sebagai Exco
Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sains dan Teknologi. Sheikh Umar Ali
“Penyusunan semula portfolio ini bertujuan bagi memperkemas dan
memantapkan bidang tugas Exco-Exco berkenaan selain ia juga dilakukan
sebagai keperluan semasa yang selari dengan keadaan pentadbiran kerajaan
negeri Johor,” menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.