Dua sahabat maut selepas motosikal
ditunggangi mereka dilanggar kereta dipandu wanita disyaki dalam keadaan
mabuk di Km13, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala
Sungai Dua, di Butterworth awal pagi ini.
“Motosikal yang dinaiki dua sahabat itu dilanggar dari belakang oleh wanita yang memandu kereta Toyota Vios itu menyebabkan mereka terpelanting beberapa meter ...mayat dua lelaki itu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat," katanya di Butterworth, hari ini.
"Ujian awal mendapati jurujual itu memandu di bawah pengaruh alkohol namun ujian air kencing mendapati dia negatif dadah," katanya dan menurutnya wanita itu kini direman untuk siasatan.
Noorzainy meminta kerjasama orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung perlanggaran itu menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nur Syafinaz Abdul Aziz di talian 018-2881424 atau balai polis berdekatan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.