
Sebaliknya beri tumpuan kepada usaha membela nasib rakyat, kata Exco penaja Wira Putra Malaysia, Haziq Aizuddin Subhi.
“Kita menyatakan bantahan sekeras-kerasnya bahawa sebarang usaha politik dan teori murahan yang cuba diketengahkan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu semasa adalah usaha sia-sia dan merugikan rakyat
“Rakyat tidak mengira kaum dan agama telah memberikan kepercayaan kepada wakil mereka dan kepercayaan itu dibalas dengan teori serta wayang murahan bagi tujuan mengalih perhatian rakyat.
“Ini amalan politik tidak sihat dan perlu dijauhi,” katanya kepada Malaysia Gazette di sini hari ini.
Jelas Haziq Aizuddin, sekiranya Pakatan Harapan (PH) gagal menangani isu rakyat dan menyelesaikan masalah negara yang kian meruncing, lebih baik tugas tersebut diserah kepada pihak yang lebih berpengalaman.
Begitu juga, jika teori Pakatan Nasional itu benar dan boleh mengembalikan negara pada landasan betul, maka buatlah, jangan sekadar bermain wayang.
Katanya, andai apa yang dicanangkan itu hanya wayang sahaja, lebih baik parti Putra mengambil alih sebagai penggalas kepercayaan rakyat dan pembela bangsa.
“Mengapa hendak berwayang politik sekiranya perkara itu boleh memanfaatkan rakyat untuk jangka masa panjang? Satu pihak sibuk berebutkan kedudukan, manakala satu pihak lagi dibelenggu janji dan hutang manifesto.
“Rakyat pula semakin hari semakin diketepikan demi kedudukan, kuasa dan habuan politik masing-masing,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.