
Persoalan itu timbul kerana bekalan alat perlindungan itu masih tidak mencukupi dipasaran.
“Kerajaan kata akan ada pengeluaran tambahan 400,000 helai sehari, jadi apa berlaku kepadanya dan mana stok tersebut, boleh tak pihak berkuasa memberitahu rakyat,” katanya pada sidang media di sini.
Menurutnya, MCA menerima lambakan aduan daripada orang awam di seluruh negara yang gagal mendapatkan penutup mulut dan hidung.
“Ada juga rakan-rakan dan orang awam termasuk juga pegawai-pegawai kesihatan klinik kesihatan dan di hospital khususnya di Ipoh, mengadu kecewa kerana kesukaran mendapatkan penutup mulut dan hidung.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertanggungjawab secara langsung dalam perkara ini gagal memberi data tepat tentang stok tersebut,” ujarnya lagi.
Disebabkan itu, ada komen-komen orang awam yang mahu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan sekiranya gagal menangani isu ini dengan kadar segera.
Terdahulu, Mah mengagihkan sejumlah 5,000 helai topeng muka yang berjaya diperole
hi MCA kepada orang ramai dalam program tanggungjawab sosial korporat parti itu dalam memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya mengambil langkah awal semasa krisis jangkitan Covid-19 di negara ini.
Ditanya perkara yang mungkin menjadi punca kekurangan bekalan topeng muka di negara ini, Mah enggan membuat sebarang spekulasi.
“KPDNHEP setidak-tidaknya memastikan bekalan itu sampai kepada golongan sasaran tanpa ada masalah atau ketirisan dan perlu telus maklumkan rakyat rantaian bekalan stok supaya rakyat tidak panik mendapatkan bekalan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.