Ketika menitipkan pesanan buat ahli PAS mengenai soal kebajikan, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkongsi pengalamannya tentang tongkat milik Almarhum Nik Abdul Aziz.
Katanya, Nik Aziz menasihatinya mengenai sepotong ayat al-Quran berkenaan kebajikan yang masih diingatinya sehingga kini.
Kongsinya,
pernah satu ketika ketika berbual dengan bapa saudaranya itu di rumah
allahyarham, mereka didatangi seorang lelaki tua yang bertongkat.
Menurutnya, dalam pertemuan tersebut, lelaki tua itu tiba-tiba meminta untuk menukar tongkatnya dengan tongkat yang cukup disayangi Nik Aziz itu.
“Saya tahu tuan guru serba salah, pakcik ini minta tongkatnya," katanya sambil berseloroh mengenai keadaan tongkat orang tua itu.

Kata Tuan Ibrahim, Nik Aziz kemudian berpaling kepadanya dan mengingatkan mengenai ayat dari surah Ali Imran itu.
“Dia pusing kepada saya, dan membacakan ayat itu- kita kena bagi yang kita sayang, kita kena bagi yang kita sayang.
"[...]
Sebab itu al-Quran mencela sumbangan yang kita tak suka dan tak mahu,
kita bagi pada orang lain, yang kalau orang lain bagi pada kita pun kita
tak suka. Allah nak kita bagi sesuatu yang kita sayang," kongsinya.
Kata Tuan Ibrahim, kebajikan merupakan aspek penting dalam perjuangan PAS sehingga beliau menganggapnya sebagai “tonggak keempat” PAS selepas dakwah, tarbiyah, dan siasah yang sinonim dengan parti tersebut.
Konvensyen yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat itu disertai oleh 500 orang ahli, bagi menyusun atur porgram-program kebajikan di bawah PAS.
Program itu turut disertai oleh pengerusi lajnah berkenaan, Dr Rosni Adam yang turut menyampaikan ucapan.
Menarikanya sepanjang perasmian berlangsung, semua ucapan diterjemah oleh jurubahasa isyarat, Noor Haseken P Ramly di hadapan pentas.
Noor Haseken merupakan penyelaras parlimen OKU (orang kurang upaya) Pangkalan Chepa.
Ia bagi memudahkan golongan kurang upaya memahami ucapan disampaikan, yang turut disiarkan secara langsung di platform media sosial.
Usaha menggunakan jurubahasa isyarat itu bukanlah kali pertama diadakan, malah pernah dilakukan ketika muktamar PAS berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.