
SEPANG – Keputusan untuk membiarkan
Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan tarikh untuk beliau melepaskan
jawatan Perdana Menteri adalah yang terbaik buat masa ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, apa yang penting ialah Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan tetap berfungsi dengan baik walaupun banyak spekulasi tercetus, termasuk isu peralihan kuasa.
“Seperti diumum Perdana Menteri
semua pihak menyatakan pandangan kita menimbang setiap perkara dan itu
keputusan terbaik yang kita sepakati yang dibacakan Perdana Menteri
malam tadi.
“Paling penting Pakatan Harapan tetap
berfungsi begitu juga kerajaan. Di celah-celah hiruk pikuk luar sana
para penganalisis peramal keputusan itu saya anggap paling baik dalam
konteks sekarang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasaraya
Desa Segar, di sini.
Semalam, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Dr. Mahathir berkata,
peralihan kuasa antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan
berlangsung selepas persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC )
tetapi terpulang kepadanya sama ada mahu melepaskan jawatan tersebut
atau pun tidak.
Menurutnya tiada tarikh atau masa yang
spesifik ditetapkan untuk proses peralihan kuasa itu mengambil tempat
sambil menegaskan keputusan tersebut diputuskan oleh mesyuarat Majlis
Presiden Pakatan Harapan sebulat suara.
Saifuffin berkata, mesyuarat malam tadi bukan hanya tertumpu kepada peralihan kuasa tatapi ia juga memberi perhatian kepada pindaan Perlembagaan PH, khususnya berkenaan jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita.
Tambah beliau, sengan
memasukkan Fasal 8.3.9 pelantikan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita PH
boleh dilakukan menerusi cadangan setiap sayap parti komponen.
“Sebahagian besar masa semalam kita peruntukkan tentang menyempurnakan Mesyuarat Agung PH.
“Malam tadi kita telah menjalankan dengan
sempurna EGM PH, kita kekalkan kepimpinan dan strukturnya, kita
luluskan penyata kewangan.
“Kita juga mengadakan EGM (Persidangan
Agung Luar Biasa) malam tadi. Kita dapati selama ini perkara tentang
kedudukan Ketua Pemuda PH dan Ketua Wanita PH tidak ada dalam
perlembagaan undang-undang tubuh,” tambah Saifuddin.
Sementara Saifuddin berkata, beliau tidak
mengetahui tentang pertemuan yang diadakan Timbalan Presiden PKR, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali dengan penyokongnya selepas Mesyuarat Majlis
Presiden PH malam tadi.
Sumber memberitahu MalaysiaGazette,
selain Azmin pertemuan itu dipercayai dihadiri Naib Presiden PKR,
Zuraida Kamaruddin dan Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon
di sebuah hotel di Putrajaya.
Bagaimanapun, butiran mengenai pertemuan itu tidak dinyatakan sumber berkenaan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan