Halaman

Selasa, 3 Mac 2020

Doa Ebit Lew buat Tun M

SuaraMerdeka  


Memang sebak melihat bagaimana Tun Hasmah Ali memeluk erat Tun Dr. Mahathir sebagai penghargaan pengorbanan selama ini kepada keluarga dan negara.

Walaupun kekok dipeluk di khalayak ramai, tetapi akhirnya Dr. Mahathir.

Pada usia lanjut 94 tahun boleh saja duduk di rumah dan dikelilingi isteri, anak dan cucu, tetapi beliau memilih untuk terus berkhidmat kepada negara.

Justeru pendakwah Ebit Lew turut terharu dengan pengorbanan Dr. Mahathir dan mendoakan Allah memberi kerahmatan dan kebahagian bagi Dr. Mahathir sekeluarga.

Ebit turut melahirkan rasa kagum bagaimana hubungan pasangan berkenaan kekal mesra dan bahagia hingga ke usia lanjut.

Beliau juga berdoa supaya hati semua rakyat negara ini disatukan dan negara ini terus diberkati.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.