MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
Halaman
▼
Isnin, 2 Mac 2020
'Hari ini dia tidak berada di sini lagi'
MALAYSIAKINI
Bekas
pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd, A Kadir Jasin
menuliskan sajak mengenai perdana menteri ketujuh, Dr Mahathir Mohamad,
pada hari Muhyiddin Yassin memulakan tugasnya secara rasmi di Putrajaya.
Kadir
yang sebelum ini berkhidmat sebagai penasihat media dan komunikasi
Mahathir dilihat antara tokoh lingkunang dekat dengan ahli parlimen
Langkawi itu.
Untuk rekod, beliau juga seorang penulis blog yang banyak diikuti kerana pandangannya.
Kadir memuat naik sajak beliau - dengan diiringi suasana di pejabat perdana menteri - di media sosial awal pagi tadi.
Berikut ialah nukilan Kadir:
Hari ini dia tidak akan berdiri di sini lagi di jendela inspirasi merenung jauh mengikuri jalan hias ke arah vista yang jauh dan luas. Jendela ini dialah yang bina dan di sinilah juga untuk satu masa yang lama dia mentadbir membina Malaysia sampai semerbak ke serata dunia inilah tempatnya, Perdana Putra.
Hari ini dia tidak berada di sini lagi suara-suara kasar dan tangan-tangan keras telah menolak dia pergi tanpa rasa simpati kerana mereka bercita-cita tinggi kononnya penyelamatkan ibu pertiwi. Dia akan pergi kerana dia ada harga diri dia tidak akan terima penyamun dan pencuri semata-mata untuk jawatan tinggi. Aku tidak akan menyekat laluannya kerana dia sudah berbakti terlalu lama mungkin sudah sampai masa seperti burung kembara yang telah merentasi banyak lautan dia berhak singgah di pasir merehatkan badan. Atau siapa boleh berkata masa untuknya sudah berlalu sedangkan Tuhan menentukan segala maka dia bangkit seperti phoenix dari debu untuk menjulang semula panji-panji negara. Namun, apa pun penentuannya kita tetap berdoa dan berusaha agar dia sentiasa dijaga, dipelihara oleh Tuhan Yang Maha Esa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.