
KUALA
LUMPUR– Kerajaan Pakatan Harapan negeri Melaka tumbang apabila
Barisan Nasional (BN) negeri itu mengumumkan pembentukan kerajaan negeri
baharu menerusi gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(BERSATU) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain.
Pengerusi
BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ketika mengumumkan perkara itu,
berkata gabungan itu hari ini mendapat 17 kerusi DUN sekaligus mereka
akan sama-sama membentuk kerajaan negeri yang baru.
“Ketika
ini BN mempunyai 13 ADUN, ditambah dua ADUN BERSATU iaitu Datuk Mohd
Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok
Mas) selain Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Datuk Norhizam
Hassan Baktee (Pengkalan Batu ) menjadikan kita mempunyai sokongan
majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Secara
rasminya, kerajaan negeri PH di Melaka ketika ini tidak lagi berfungsi
sebagai kerajaan maka kita akan mengambil alih kerajaan yang akan
diumumkan nanti.,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Ab Rauf seterusnya menambah ketua Menteri yang baru akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Sementara
itu kita akan menamakan Ketua menteri Melaka dalam tempoh terdekat dan
tidak ada satu nama pun diberikan pada hari ini dan kita akan
memaklumkan kepada semua 13 daripad BN dan 2 daripada Bersatu akan
dinamakan untuk menjadi Ketua Menteri Melaka dalam masa terdekat.
“Saya
mengucapkan terima kasih kepada semua dan Alhamdulillah syukur kepada
Allah swt sekali lagi kerana usaha ini dapat dilaksanakan,” tambahnya. –
UMNO Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.