MGF01032020_SIDANG-MEDIA-TUN-M_07
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- “Saya terpaksa meletak jawatan kerana sudah hilang sokongan. Saya tiada pilihan,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada sekutu-sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Dalam satu rakaman video berdurasi 1.30 minit, Pengerusi Bersatu itu meminta maaf kerana strategi beliau telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya selepas berkuasa selama 21 bulan sahaja.

“Saya ingat selepas saya meletakkan jawatan, saya boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan kita semua boleh menyakinkan Baginda dan memaklumkan kepadanya, saya masih mempunyai sokongan.

“Saya sekali lagi meminta maaf,” katanya.

Video tersebut dipercayai dirakam semalam dalam satu pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary yang mana pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddn Yassin mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Turut kelihatan di dalam video yang dkongsi di laman Twitter tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video Player