MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
Halaman
▼
Isnin, 20 April 2020
Itu tanda iman ada di hati, kata ulama PAS
MALAYSIAKINI
Seorang
ulama terkenal PAS memuji sikap beberapa orang kenamaan Perikatan
Nasional (PN) yang tampil meminta maaf semalam dan menganggapnya sebagai
petanda mereka memiliki iman di hati.
Ahli Jawatankuasa Ulama PAS
Pusat, Ahmad Dusuki Abd Rani, berkata beliau berasa bangga dengan cara
jawaban yang diberikan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.
Menyatakan
rasa itu melalui hantaran di media sosial, Ahmad Dusuki berkata, beliau
juga bangga dengan cara permohonan maaf yang ditunjukkan beberapa
menteri dan exco yang didakwanya menjalankan tugas masing-masing.
"Demikianlah tanda adanya iman yang tersemat di hati setiap hamba, walaupun ia berstatus menteri," katanya.
Walaupun
tidak menyebut selain nama Adham, Ahmad Dusuki dipercayai merujuk
kepada Pesuruhjaya PAS Perak merangkap exco kanan negeri itu, Razman
Zakaria, serta Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, yang
menjadi sasaran kritikan orang ramai sejak kelmarin.
Mereka
dikecam kerana dilihat melanggar peraturan kawalan pergerakan (PKP)
kerana mengadakan majlis makan-makan. Polis Perak kemudian mendakwa VIP
terbabit serta rombongan mereka menjaga jarak masing-masing.
Ia
terus menimbulkan kemarahan orang ramai yang membandingkan apa yang
berlaku itu dengan tindakan tegas yang dikenakan ke atas orang awam,
sama ada dikompaun atau dipenjara atas kesalahan melanggar PKP.
Makin dikeji makin darjat tinggi
Mereka
bukan saja dikritik oleh orang awam, beberapa pemimpin kanan Umno turut
melontarkan kecaman. Antaranya Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled
Nordin, yang berkata jika kejadian seumpama itu berlaku di luar negara, VIP berkenaan akan meletakkan jawatan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Bung Moktar Radin pula menggunakan perkataan "bangang" untuk menyatakan rasa berangnya.
Turut
dikaitkan dengan perbuatan melanggar PKP itu ialah Menteri Besar
Terengganu yang juga Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; bekas
menteri besar negeri terbabit, Ahmad Said; dan Ahli Parlimen Lipis
merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman
Mohamad.
Bercakap kepada The Star, Abdul
Rahman berkata, gambar yang ditularkan di media sosial telah disalah
tafsir oleh warganet dan menafikan ia adalah majlis meraikan sambutan
hari lahir.
"Ia tidak dirancang, ia bukan majlis hari lahir," katanya.
"Demikianlah tanda adanya iman yang tersemat di hati setiap hamba, walaupun ia berstatus menteri," kata Ahmad Dusuki.
Beliau
yang juga terkenal sebagai penceramah berharap menteri dan exco
terbabit meneruskan tugas mereka seperti biasa dan ianya akan
dipertontonkan di akhirat nanti.
"Usah peduli cacian mereka yang
pengeji!! Selama mana kalian dikeji, semakin tinggi darjat kalian di
sisi Rabbul Izzati," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.