KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, memaklumkan beliau masih bersama Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, hari ini.
Dalam satu surat ditujukan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau memaklumkan akan kekal duduk di kerusi penyokong kerajaan PN di Dewan Rakyat.
"Saya masih kekal duduk di kerusi 'backbenchers' PN," menurut kandungan surat itu bertarikh hari ini.
Dalam surat sama, beliau turut merakamkan terima kasih kepada Muhyiddin yang memberi peluang kepadanya untuk berada dalam Jemaah Menteri.
Sementara itu, Shahruddin yang dihubungi BH mengesahkan kandungan surat itu serta memaklumkan ia hanya untuk makluman kepada Muhyiddin.
"Benar (surat itu). Untuk PM (Perdana Menteri) saja," katanya, sebentar tadi.
Shahruddin yang juga bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memaklumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa mulai hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.